Perbandingan kaedah ventilasi sasaran volum dengan kaedah ventilasi tekanan terhad yang tradisi untuk bayi baru lahir

Soalan ulasan: Adakah terapi ventilator bayi menggunakan strategi yang mensasarkan jumlah inflasi dan bukannya tekanan inflasi menyebabkan kadar kematian atau kerosakan paru-paru (atau keduanya) lebih rendah di kalangan bayi?

Latar belakang: Bayi pramatang mungkin memerlukan bantuan untuk bernafas. Risiko masalah paru-paru meningkat dengan peningkatan ketidak-matangan (lebih awal bayi dilahirkan). Untuk sesetengah bayi, bantuan ventilator (mesin bernafas) boleh menyelamatkan nyawa, tetapi mesin bantuan pernafasan juga boleh mencederakan paru-paru bayi yang tidak matang. Secara tradisinya, ventilators untuk bayi menggunakan mod yang terhad tekanan pengudaraan, di mana tekanan mengawal jumlah pembolehubah udara memasuki paru-paru. Kaedah ventilasi baru berdasarkan volum telah diwujudkan dimana ia bertujuan untuk mengurangkan kecederaan paru-paru dengan mengawal jumlah udara yang memasuki paru-paru dengan setiap inflasi.

Ciri-ciri kajian: Dalam carian dikemaskini sehingga Januari 2017, penulis ulasan mengenal pasti 20 kajian untuk dilibatkan dalam ulasan. Enam belas kajian (977 bayi) membandingkan dua kumpulan bayi yang dirawat sama ada dengan cara yang disasarkan dengan jumlah pengudaraan atau dengan cara yang terhad tekanan pengudaraan. Dalam empat kajian (84 bayi), bayi-bayi telah dirawat dengan kedua-dua cara pengudaraan dalam reka bentuk berpindah silang (di mana bayi mempunyai pengudaraan dengan satu kaedah dan kemudian ditukar ke kaedah kedua). Kebanyakan kajian adalah berkualiti sederhana hingga rendah dan tiada yang telah dibutakan kepada mereka yang menilai terapi. Keputusan yang paling penting daripada ulsan ini adalah berdasarkan kepada data dari lapan hingga 12 kajian melibatkan 584 hingga 771 bayi.

Keputusan utama: Bayi yang telah diberi bantuan pernafasan dengan menggunakan kaedah ventilasi sasaran volum adalah lebih cenderung sembuh bebas dari kecederaan paru-paru. Mereka memerlukan bantuan mesin pernafasan untuk tempoh yang lebih singkat dan kemungkinan kurang mendapat pneumothorax (satu keadaan dimana udara terkeluar dari paru-paru dan memasuki kawasan dada). Mereka mempunyai paras karbon dioksida yang lebih stabil dalam darah, dan kurang keabnormalan ultrasound otak. Tidak ada bukti bahawa kaedah sasaran volum lebih cenderung menyebabkan kecederaan kepada bayi berbanding kaedah tradisi. Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami samada kaedah sasaran volum juga menyebabkan peningkatan dalam perkembangan pergerakan dan intelek bayi. Lebih banyak kajian juga diperlukan untuk membandingkan kaedah sasaran volum yang berlainan.

Kualiti bukti: Berkualiti rendah hingga sederhana kerana tiada kajian yang telah dibutakan dan terdapat isu dengan reka bentuk kajian dalam beberapa kajian.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee dan dikemaskini oleh Nila Pillai (RCSI & UCD Malaysia Campus) dan disunting oleh Tan May Loong dan kemskini oleh Chan Mei Wai (RCSI & UCD Malaysia Campus). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi nila@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save