Makanan pelengkap dengan Vitamin E untuk mencegah penyakit dan kematian di kalangan bayi pramatang

Pemberian tambahan vitamin E kepada bayi pramatang boleh mendatangkan beberapa manfaat, tetapi ia menambahkan risiko jangkitan yang menggugat nyawa. Bayi pramatang (dilahirkan sebelum 37 minggu) boleh mendapat beberapa masalah kerana organ-organ mereka belum matang, Vitamin E mungkin dapat bantu mencegahkan atau menghadkan beberapa masalah ini, tetapi ia berpotensi menimbulkan kesan-kesan yang bahaya. Susu dari wanita yang telah melahirkan bayi pramatang mengandungi paras Vitamin E yang lebih tinggi dari lazimnya. Bayi pramatang boleh diberikan tambahan vitamin E secara titisan vitamin, susu formula yang diperkayakan dengan vitamin E, cecair intravena, atau melalui suntikan otot. Ulasan kajian-kajian makanan pelengkap dengan vitamin E mendapati bahawa tambahan vitamin E mengurangkan peluang mendapat komplikasi (termasuk penyakit pada retina mata) tetapi risiko jangkitan yang menggugat nyawa meningkat. Risiko perdarahan dalam otak meningkat apabila tambahan vitamin E diberikan melalui vena tetapi menurun apabila tambahan vitamin E diberikan melalui kaedah lain.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my. 

Tools
Information