Rumusan yang mengandungi protein hidrolisis untuk pencegahan penyakit alahan pada bayi

Soalan ulasan

Adakah pemberian formula bayi yang mengandungi protein hidrolisis menyebabkan penurunan risiko penyakit alahan seperti asma, dermatitis / ekzema, demam hay dan alergi makanan semasa bayi dan kanak-kanak?

Latar belakang

Penyakit alahan banyak menyumbang dalam beban kesihatan di kalangan bayi, kanak-kanak dan orang dewasa. Pengambilan makanan awal boleh mempengaruhi perkembangan penyakit alergi. Apabila bayi tidak diberi susu ibu secara eksklusif, penggunaan formula hidrolisis daripada rumusan susu lembu biasa mungkin boleh mengurangkan penyakit alahan di kalangan bayi dan kanak-kanak, walaupun kajian tambahan diperlukan untuk mengesahkannya. Rumusan bayi telah direka untuk mengurangkan peluang bayi mengalami alahan atau intoleransi terhadap makanan. Ini termasuk susu lembu hidrolisis dan susu formula soya. Rumusan hidrolisis memecah protein susu menjadi protein yang lebih kecil, yang dapat mengurangkan potensi penghasilan protein alergi.

Keputusan

Ulasan atas kajian percubaan tidak menemui bukti untuk menyokong penyusuan dengan formula hidrolisis dalam mencegah penyakit alergik berbanding dengan penyusuan susu ibu. Kajian ini juga mendapati bahawa bagi bayi yang tidak dapat diberi penyusuan susu ibu secara eksklusif, tidak ada bukti menunjukkan perbezaan dari segi penyakit alergi, asma, eksima, rhinitis, alergi makanan atau formula susu di kalangan bayi dalam penyusuan berpanjangan dengan formula hidrolisis dan susu lembu pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, data yang terhad pada bayi yang diberi susu formula secara eksklusif menunjukkan bahawa pemberian formula hidrolisis dan bukan formula susu lembu dapat mengurangkan penyakit alahan bayi. Kebimbangan mengenai kualiti bukti dan konsistensi keputusan menunjukkan bahawa kajian berterusan diperlukan. Bukti dalam kajian ini dapat daripada carian kesusasteraan yang dikemas kini sehingga November 2017.

Kesimpulan

Kami mendapati tiada bukti yang ketara untuk menyokong penyusuan jangka pendek atau berpanjangan dengan formula hidrolisis berbanding formula susu lembu dalam pencegahan penyakit alahan pada bayi yang tidak boleh diberi penyusuan ibu secara eksklusif.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Amanda Yap Qiao Ying (Hospital Pulau Pinang), disunting oleh Chan MW. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi amandayapqy@gmail.com atau chanmw@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information