Intervensi untuk menggantikan kehilangan gigi: teknik augmentasi tulang mendatar dan menegak untuk rawatan implan

Sesetengah pesakit mungkin tidak mempunyai cukup tulang untuk meletakkan implan gigi tetapi terdapat banyak teknik pembedahan untuk menambah isipadu tulang bagi membolehkan rawatan implan.
Implan pendek lebih berkesan dan kurang komplikasi berbanding implan konvensional yang diletakkan di dalam rahang bawah (mandibel) yang meresap yang diperkukuhkan dengan tulang dari pinggul atau pengganti tulang (blok tulang lembu) Tulang boleh terbentuk arah mendatar atau menegak dengan pelbagai teknik, namun adalah tidak jelas teknik mana yang lebih utama dan komplikasi adalah lebih kerap terutama bagi mengukuhkan tulang menegak.Beberapa pengganti tulang mungkin menyebabkan kurang komplikasi dan sakit berbanding pengambilan tulang sendiri dari beberapa bahagian tubuh.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipa). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor/Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk pertanyaan tentang terjemahan ini, sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my.

Tools
Information
Share/Save