Omalizumab untuk asma kronik dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak

Soalan ulasan

Kami mengulas semula bukti untuk kesan omalizumab terhadap pesakit asma berbanding dengan plasebo. Kami memberi tumpuan kepada sama ada omalizumab adalah rawatan bermanfaat dan juga selamat untuk orang dewasa dan kanak-kanak dengan asma.

Latar Belakang

Asma adalah keadaan pernafasan yang menjejaskan berjuta-juta orang di seluruh dunia. Ia dikatakan bahawa alahan adalah merupakan satu bahagian penting dalam penyakit bagi orang dengan asma. Omalizumab adalah ubat yang menyasarkan protein, yang dipanggil IgE, dan mengeluarkannya dari peredaran dalam badan. IgE terlibat dalam alahan. Omalizumab adalah ubat mahal yang biasanya diberikan secara suntikan di bawah kulit setiap dua hingga empat minggu. Ia dilesenkan untuk digunakan dalam pesakit asma yang tidak dirawat yang secukupnya dengan terapi piawai dan mereka yang memerlukan penggunaan yang kerap atau berterusan tablet steroid oral. Kita mencari bukti sama ada penggunaan omalizumab adalah lebih baik atau lebih buruk daripada memberi plasebo.

Ciri-ciri kajian

25 kajian yang melibatkan 6382 orang, telah dimasukkan dalam ulasan ini. Kajian-kajian ini dijalankan antara 8 dan 60 minggu. Semua orang yang termasuk dalam kajian mempunyai asma dengan tahap yang berbeza beza. Kedua-dua lelaki dan wanita dilibatkan, dan beberapa kajian termasuk juga melibatkan kanak-kanak dan orang muda.

Semua kajian membanding omalizumab dengan placebo. Selaras dengan amalan perubatan semasa, kebanyakan kajian (21 daripada 25) menggunakan omalizumab yang diberi secara suntikan di bawah kulit. Beberapa kajian lama menggunakan omalizumab yang disuntik ke dalam vena atau diberikan melalui sedutan. Bukti yang dikemukakan di sini adalah yang terkini hingga Jun 2013. Sebahagian besar kajian-kajian ini ditaja oleh industri ubat.

Keberhasilan utama

Kami mendapati bahawa orang yang menerima omalizumab kurang berkemungkinan untuk mempunyai flare-up ( 'gangguan') asma mereka. Sebagai contoh, secara purata, 26 daripada 100 orang yang menerima placebo (dalam tempoh 16 hingga 60 minggu) mempunyai gangguan yang berbanding dengan purata 16 daripada 100 orang yang menerima omalizumab.

Orang yang menerima omalizumab juga lebih cenderung untuk mengurangkan dos sedutan steroid. Sebagai contoh, secara purata, 21 daripada 100 orang dengan asma yang sederhana atau teruk yang menerima placebo dapat berhenti dari menggunakan sedutan steroid mereka (dalam tempoh 28 hingga 32 minggu) berbanding dengan purata 40 daripada 100 yang menerima omalizumab.

Orang yang menerima omalizumab juga mengalami peningkatan dalam gejala asma mereka dan dalam kualiti yang berkaitan dengan kesihatan hidup mereka.

Orang yang menerima omalizumab tidak lebih atau kurang berkemungkinan mempunyai kesan sampingan yang tidak diingini secara keseluruhan. Akan tetapi, orang yang menerima omalizumab lebih cenderung untuk mempunyai reaksi kulit di bahagian suntikan.

Malangnya, kebanyakan ujian dalam ulasan ini melibatkan peserta dengan asma yang sederhana, dan ubat ini tidak dilesenkan untuk kegunaan kumpulan ini. Lebih banyak ujian perlu memberi tumpuan kepada sama ada ubat ini berkesan untuk pesakit asma yang paling teruk; bukti untuk keberkesanan dalam kumpulan ini adalah berkurangan, walaupun dengan garis panduan semasa.

Kualiti bukti

Bukti yang dikemukakan dalam ulasan ini umumnya adalah kualiti sederhana. Kebanyakan kajian tidak menerangkan dengan jelas bagaimana penyiasat membuat keputusan bagaimana pesakit akan mendapat omalizumab dan yang akan menerima plasebo, dan keputusan ini adalah satu bahagian penting supaya kajian yang dijalankan dengan baik.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting olehTuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save