Ubat antikolinergik berbanding plasebo atau ubat-ubatan lain untuk kanak-kanak berusia lebih dua tahun yang mengidap asma

Ubat antikolinergik digunakan secara meluas dalam perawatan asma akut dan kronik di kalangan kanak-kanak. Antikolinergik membuka semula saluran paru paru yang menjadi sempit bila serangan asma berlaku. Garis Panduan semasa bagi perawatan asma kronik mecadangkan agar ubat antikolinergik digunakan di kalangan kanak-kanak yang menggunakan dos ubat sedutan steroid yang tinggi. Kajian ini telah melakukan carian literasi yang komprehensif tanpa batasan negara, penerbitan ataupun bahasa. Malangnya hanya sebilangan kecil kajian yang relevan ditemui dengan kualiti yang berbagai. Kajian mendapati walaupun ubat antikolinergik dapat diterima dengan baik, di kalangan kanak-kanak yang berusia melebihi dua tahun, tidak ada data yang cukup untuk memastikan samada ianya lebih baik berbanding plasebo dalam aspek kesan ke atas fungsi paru-paru ataupun ke atas simptom-simptom asma.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Rosnani zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi salwah@usm.my

Tools
Information