Rawatan hormon awal berbanding lewat bagi kanser prostat peringkat tinggi

Soalan ulasan
Lelaki yang mengidap kanser prostat peringkat tinggi diberikan rawatan hormon untuk merendahkan paras hormon seks lelaki. Rawatan ini tidak menyembuhkan lelaki-lelaki ini daripada kanser tersebut tetapi boleh menghentikan kanser daripada merebak dan mungkin membantu pesakit hidup lebih lama. Walau bagaimanapun, tidak ada satu keputusan yang jelas bilakah rawatan ini patut diberikan, pada peringkat awal atau pada hujung fasa rawatan. Sama ada bila x-ray atau keputusan makmal menunjukkan bahawa kanser sudah merebak atau apabila pesakit mula mempunyai simptom-simptom dari kanser prostat tersebut. Kami melakukan kajian ini untuk membandingkan memulakan rawatan awal berbanding dengan rawatan lewat.

Latar belakang
Kanser prostat boleh sembuh jika sel kanser hanya melibatkan kelenjar prostat sahaja. Pesakit boleh menjalani rawatan radiasi atau pembedahan membuang prostat. Jika kanser telah merebak keluar daripada kalenjar prostat, sebagai contoh kepada nodul limfa ataupun tulang, rawatan untuk penyembuhan bukan lagi satu pilihan. Rawatan hormon yang merendahkan paras hormon seks lelaki boleh melambatkan pertumbuhan kanser dan menghalangnya daripada menyebabkan masalah. Rawatan ini boleh dimulakan terus selepas diagnosis kanser prostat peringkat tinggi dibuat (awal) ataupun apabila kanser telah menunjukkan ia semakin berkembang (lewat) berdasarkan x-ray atau penemuan makmal atau apabila ia telah mula menyebabkan masalah (juga lewat).

Ciri-ciri kajian

Kami hanya mempertimbangkan kajian di mana keputusan sama ada lelaki-lelaki ini menerima rawatan awal atau lewat bergantung kepada keberangkalian sahaja.

Hasil-hasil utama
Kami mendapati 10 kajian yang sepadan dengan soalan kami. Kami mendapati bahawa rawatan hormon awal mungkin dapat menurunkan kadar kematian daripada apa-apa sebab. Risiko kesan serius yang tidak diingini mungkin sama dengan rawatan lewat.

Rawatan hormon awal mungkin mengurangkan risiko kematian akibat kanser prostat dan mengurangkan sedikit risiko masalah yang berkaitan dengan kanser yang merebak ke tulang.

Lelaki yang mendapat rawatan awal mungkin lebih cenderung untuk berasa letih dan mengalami lemah jantung.

Kualiti hidup secara keseluruhan mungkin tidak terjejas (atau hanya sedikit terjejas) dengan rawatan awal.

Kepastian bukti dapat dibahagikan kepada sederhana, yang bermaksud bahawa keputusan sebenar mungkin lebih kurang sama dengan apa yang kami dapati; atau rendah, dalam hal ini kebimbangan kami bahawa keputusan yang sebenar boleh jadi agak berbeza dengan apa yang kami dapati.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Mastura Abd Malek (Pelajar Pasca-Siswazah Fakulti Perubatan, UiTM). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rsiucd.edu.my

Tools
Information