Vitamin B6 dan magnesium dalam kombinasi untuk kanak-kanak dengan gangguan spektrum autisme

Kajian menyiasat kesan vitamin B6 dalam menambahbaik tingkah laku kanak-kanak dengan angguan spektrum autisme dilaporkan selama lebih tiga dekad. Tujuan ulasan ini adalah untuk meringkaskan kajian mereka dan menganalisa keberkesanan vitamin B6 sebagai satu intervensi. Hanya tiga kajian yang memenuhi kriteria inklusi ulasan ini dan hanya satu kajian melaporkan data yang mencukupi untuk analisis. Keputusan adalah tidak pasti dan saiz sampel adalah kecil. Oleh itu penggunaan vitamin B6 untuk menambahbaik tingkah laku individu dengan autisme tidak disokong pada masa ini. Penyelidikan lanjut yang menggunakan kajian yang lebih besar, direka dengan baik adalah diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save