Ubat herba Cina untuk skizofrenia

Ubat antipsikotik merupakan rawatan teras untuk para penghidap penyakit skizofrenia, dan walaupun berkesan, akan memberi kesan-kesan sampingan yang memudaratkan kepada sesetengah pesakit Cara rawatan yang lebih selamat dan lebih berkesan amat diperlukan.

Perubatan tradisional Cina (TCM) telah digunakan untuk merawat gangguan kesihatan mental, termasuk skizofrenia, selama lebih 2000 tahun. Herba-herba Cina juga mungkin mempunyai unsuran antipsikotik apabila digunakan dalam konteks bioperubatan Barat. Dalam ulasan ini, kami berupaya mencari kajian yang relevan kepada kesan kedua-dua pendekatan terhadap penyakit skizofrenia. Kaedah perubatan cina tradisional pernah dinilai untuk perawatan skizofrenia, tetapi satu-satunya kajian tersebut adalah terlalu terhad dari segi saiz sampel dan tempoh kajian untuk digunakan sebagai pembimbing amalan baik. Akan tetapi, kajian perintis ini menunjukkan bahawa TCM boleh dinilai dari segi keberkesanan terhadap pesakit skizofrenia, dan lebih kajian yang menyeluruh dalam bidang ini harus digalakkan.

Penggunaan herba Cina dalam konteks perubatan Barat, tanpa menggunakan kaedah TCM, telah dinilai dalam enam kajian, walaupun kajian-kajian ini juga terhad dalam aspek saiz sampel dan tempoh kajian. Hasil daripada enam kajian ini mencadangkan bahawa penggunaan herba Cina semata-mata untuk merawat gejala psikotik tidak dibolehkan , tetapi sekiranya digunakan bersamaan ubat antipsikotik barat, mungkin boleh memberi manfaat dari segi keadaan mental, fungsi global dan pengurangan kesan sampingan. Walau bagaimanapun, lebih kajian tambahan diperlukan sebelum kesan TCM terhadap pesakit skizofrenia boleh dinilai dengan keyakinan yang lebih bernas.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Ernie Yap. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information
Share/Save