Ubat-ubatan ‘seperti yang diperlukan’ untuk orang-orang dengan penyakit mental di hospital

Soalan ulasan

Ulasan ini mencari bukti untuk mengetahui sama ada penggunaan ubat 'seperti yang diperlukan' adalah amalan klinikal yang baik atau tidak, berbanding dengan ubat yang sama yang diberikan secara kerap, untuk pesakit skizofrenia yang berada di hospital. Carian untuk percubaan rawak yang menyiasat soalan ini telah dikendalikan oleh Cochrane Schizophrenia Group pada tahun 2001, 2006, 2012 dan 2013.

Latar belakang

Skizofrenia adalah penyakit mental yang serius. Orang dengan skizofrenia sering mendengar suara dan melihat benda (halusinasi) dan mempunyai kepercayaan aneh (delusi) yang mengecewa atau menakut, atau keduanya. Simptom-simptom skizofrenia ini boleh menyebabkan agitasi, keagresifan dan kedukaan. Rawatan utama untuk skizofrenia adalah ubat antipsikotik. Tetapi, ubat-ubatan ini biasanya mengambil masa beberapa minggu untuk berfungsi. Dalam tempoh itu, bagi orang yang mengalami kedukaan di hospital, ubat tambahan lain boleh diberikan apabila perlu (jika doktor berfikir ia adalah sesuai), sehingga antipsikotik biasa mula berfungsi. Ubat 'seperti yang diperlukan' ini sering digunakan untuk membantu orang supaya berasa kurang cemas dan mengurangkan kelakuan yang mengganggu. Ubat ‘seperti yang diperlukan' biasanya ditulis pada carta ubat oleh klinisi supaya jururawat boleh memberikannya mengikut pertimbangan mereka dan semasa ketiadaan doktor. Walaupun terdapat banyak kelebihan dalam amalan ini, terdapat juga kelemahan yang mungkin berlaku. Sebagai contoh, ia boleh menyebabkan kesukaran untuk mengetahui ubat-ubatan mana (ubat-ubatan preskripsi atau ubat-ubatan 'seperti yang diperlukan') yang berkesan serta kakitangan di wad mungkin menggunakan ubat-ubatan tambahan ini terlalu mudah untuk individu yang sedih, dan bukannya menemani mereka atau mempertimbangkan pendekatan lain.

Ciri-ciri kajian

Mereka hanya dapat mencari kajian yang membandingkan dua jenis ubat, di mana kedua-duanya digunakan 'seperti yang diperlukan'. Penulisulasan mendapati tiada kajian yang membandingkan mereka yang hanya memberi ubat tambahan apabila diperlukan bersama dengan dos biasa ubat yang sama.

Keputusan utama

Penulis ulasan mendapati tiada kajian yang boleh dimasukkan dalam ulasan. Walaupun amalan menggunakan ubat 'seperti yang diperlukan' adalah biasa, pada masa ini tiada bukti yang baik untuk menentukan cara ini adalah cara terbaik untuk membantu orang apabila dibandingkan dengan mereka yang memberi dos ubat yang sama.

Kualiti bukti

Penulis ulasan mendapati tiada kajian yang membandingkan 'seperti yang diperlukan' dengan ubat biasa. Walaupun penggunaan 'ubat yang diperlukan' digunakan secara meluas, ia masih belum dinilai secara saintifik. Percubaan yang direka dengan baik, dijalankan dan dilaporkan secara rawak akan membantu dalam mengumpulkan lebih banyak bukti.

Ben Gray, Senior Peer Researcher, McPin Foundation, http://mcpin.org/ (untuk ‘Plain language summary’ yang sebelumnya sila membaca Appendix 3).

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi peiyee95@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save