Penggantian hormon tiroid untuk hipotiroidisma subklinikal

Hipotiroidisma subklinikal adalah satu keadaan di mana beberapa keputusan makmal yang menunjukkan kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik. Pesakit dengan hipotiroidisma subklinikal mungkin mempunyai tanda-tanda yang tidak jelas dan spesifik seperti dalam hipotiroidisma sebenar (contohnya kering kulit, kulit yang sejuk atau rasa kesejukan, sembelit, lambat berfikir, ingatan lemah) tetapi mengalami gejala-gejala berkaitan tiroid yang tidak spesifik, yang oleh sebab itulah diagnosisnya berdasarkan keputusan ujian makmal. Persoalan asas mengenai penghidap hipotiroidisma subklinikal adalah sama ada mereka harus dirawat dengan hormon tiroid atau tidak. Untuk menjawab persoalan ini, dua belas kajian yang dijalankan dalam tempoh enam hingga 14 bulan yang melibatkan 350 orang telah dianalisa. Terapi hormon tiroid untuk hipotiroidisma subklinikal tidak meningkatkan jangkahayat atau menurunkan morbiditi berkaitan kardiovaskular (contohnya mengurangkan serangan jantung atau angin ahmar). Data kualiti hidup yang berkaitan kesihatan dan gejala-gejala yang dihadapi tidak pula menunjukkan perbezaan yang signifikan antara plasebo dan terapi hormon tiroid. Beberapa bukti menunjukkan bahawa hormon tiroid mempunyai kesan ke atas kandungan lipid darah dan pengukuran teknikal fungsi jantung. Kesan sampingan tidak diberi perhatian secukupnya dalam kebanyakan kajian dan perlu diselidik segera dalam kajian akan datang, terutamanya dalam kalangan pesakit yang lebih tua.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Irfan Mohamad (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi irfankb@usm.my Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini, sila hubungi hayatikk@usm.my

Tools
Information
Share/Save