Terapi kelakuan dan kelakuan-kognitif untuk rawatan kelakuan agresif dalam orang dengan ketidakupayaan intelektual

Soalan ulasan

Ulasan ini merupakan kemaskini untuk versi sebelumnya. Tujuan ulasan ini adalah untuk mengetahui sama ada terapi kelakuan dan kelakuan-kognitif lebih berkesan dalam mengurangkan kelakuan agresif dalam orang dewasa dan kanak-kanak dengan ketidakupayaan intelektual, berbanding dengan satu kumpulan kawalan yang tidak menerima intervensi.

Latar belakang

Kelakuan mencabar adalah sebab signifikan penyinggiran sosial untuk orang dengan ketidakupayaan intelektual. Tiada bukti kukuh menyatakan terapi mana yang paling membantu dalam mengurangkan kelakuan agresif dalam orang dengan ketidakupayaan intelektual.

Ciri-ciri Kajian

Kami mancari sebilangan pangkalan data pada April 2014 untuk memastikan bahawa ulasan adalah terkini. Kami menyertakan enam kajian dalam ulasan dengan jumlah 309 peserta. Tiga kajian meneliti pengurusan kemarahan, satu kajian meneliti latihan ketegasan dan penyelesaian masalah, satu kajian meneliti ‘kesedaran; berdasarkan kepada tafakur, dan satu kajian meneliti relaksasi diubah suai. Semua kajian dijalankan dalam persekitaran komuniti kecuali satu, yang dijalankan dalam persekitaran pesakit dalam forensik. Lima daripada kajian tersebut, yang terdiri dairipada 12 sehingga 40 peserta, dan satu adalah kajian besar dengan 179 peserta, yang dibiayaai oleh program National Institute for Health Research (NIHR) Health Technology Assessment (HTA). Maklumat tentang pembiayaan tiada untuk kajian yang lain. Data rawatan susulan hanya terdapat dalam dua kajian.

Keputusan utama

Kami menjumpai penambahbaikan hasil dalam lima kajian, termasuk pengurangan dalam panarafan kemarahan dan dalam insiden agresif, pada hujung rawatan. Satu kajian menjumpai penambahbaikan dalam skil mengatasi kemarahan seperti yang dilaporkan oleh pekerja utama pada 16 minggu dan 10 bulan, tetapi tiada manfaat jangka panjang yang lain. Satu kajian besar tidak menemui penambahbaikan dalam kualiti hidup atau pengurangan kos untuk perkhidmatan kesihatan, DIsebabkan oleh perbezaan dalam jenis intervensi, populasi and penilaian, kami tidak mampu menggabungkan keputusan kajian-kajian.

Kualiti bukti

Satu kajian besar membentangkan data berkualiti sederhana atas hasil yang diminati. Kajian lain yang dimasukkan adalah kecil dan mempunyai kualiti metodologi yang rendah. Berdasarkan kepada satu penilaian ‘Grades of Recommendation, Assessment, Development and Evaluation' (GRADE), kami menilai kualiti bukti atas hasil yang diminati kepada sangat rendah sehingga sederhana. Lebih banyak lagi, kepelbagaian intervensi dan kumpulan peserta menyukarkan kami untuk membuat kesimpulan kukuh mengenai keberkesanan sebarang pendekatan. Jadi, lebih banyak kajian berkualiti tinggi dengan tempoh rawatan susulan yang lebih panjang diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save