Tiada bukti yang mencukupi bagi menentukan jika antikoagulan mencegah pembekuan darah dengan selamat dalam kalangan pesakit dengan kegagalan jantung kronik yang berada dalam ritma jantung yang normal

Pembekuan darah (tromboembolisme) di dalam paru-paru, kaki dan otak (strok iskemik) menyumbang kepada kehilangan upaya dan kematian pesakit dengan kegagalan jantung. Walaupun antikoagulan seperti warfarin terbukti bermanfaat bagi pesakit dalam subkumpulan tertentu dari kalangan pesakit dengan kegagalan jantung, seperti mereka dengan pemfibrilan atrium, terdapat kurang bukti bahawa warfarin memberi kesan yang baik dalam populasi kegagalan jantung secara yang lebih luas. Kemungkinan juga terdapat kesan-kesan sampingan yang serius seperti pendarahan (menyebabkan ulser dan strok hemoragik). Pada masa ini terdapat tiada data yang mengesyorkan penggunaan antikoagulan secara rutin bagi mencegah tromboembolisme dalam kalangan pesakit dengan kegagalan jantung yang berada dalam ritma jantung yang normal.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales, Sydney). Disunting oleh Rosediani Muhamad (PPSP, USM). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save