Adakah penundaan mengepit tali pusat atau menggunakan teknik pemerahan kord ketika kelahiran meningkatkan kesihatan bayi yang lahir terlalu awal?

Apakah isu-isunya?

Dalam ulasan Cochrane ini, kami menetapkan untuk menentukan sama ada menangguhkan masa pengapitan kord atau pemerahan kord meningkatkan taraf kesihatan bayi yang lahir sebelum 37 minggu. Ulasan ini dibandingkan dengan pengapitan tali pusat yang awal.

Apakah kepentingannya?

Bayi yang lahir sebelum 37 minggu, atau pramatang (preterm), mempunyai taraf kesihatan yang lebih rendah dan teruk berbanding dengan bayi yang lahir cukup bulan, terutamanya jika mereka dilahirkan sebelum 32 minggu. Bayi yang dilahir pramatang boleh mengalami masalah dengan fungsi organ utama mereka termasuk paru-paru, usus dan jantung mereka. Mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kematian atau mempunyai masalah jangka masa panjang seperti cerebral palsy (Palsi Serebrum). Selepas kelahiran, bayi berkemungkinan memerlukan transfusi darah dan ubat-ubatan untuk mengukuhkan kontraksi jantung mereka (inotropes) dan untuk meningkatkan tekanan darah mereka. Ia adalah penting untuk mencari cara-cara untuk meningkatkan kesihatan bayi yang kecil ini.

Pengapitan awal kord umbilikal telah menjadi amalan standard selama ini. Teknik ini membolehkan bayi dipindahkan dengan cepat ke penjagaan pasukan doktor yang khusus sama ada di bahagian bilik yang lain atau di bilik lain. Namun, kelewatan selama separuh hingga tiga atau lebih minit membolehkan aliran darah berterusan di antara ibu dan bayi,lalu membantu bayi untuk menyesuaikan diri dengan pernafasan udara. Pemerahan darah sepanjang kord umbilikal ke arah bayi, boleh meningkatkan jumlah darah bayi, dan ini boleh meningkatkan kesihatan bayi. Kami mahu menentukan jika terdapat sebarang manfaat atau kemudaratan sama ada dengan menunggu untuk mengapit atau memerah tali pusat.

Apakah bukti yang kami temui?

Kami mengumpul dan menganalisis semua kajian yang relevan untuk menjawab soalan ini (tarikh carian: November 2017). Kajian semula kami termasuk 40 kajian yang menyediakan data melibatkan 4884 bayi dan ibu mereka. Kajian telah dijalankan di seluruh dunia, tetapi kebanyakannya di negara yang berpendapatan tinggi. Kelahiran di hospital yang mengamalkan pengapitan kord pada peringkat awal. Kebanyakkan hasil yang ditemui, terdapat data yang tidak mencukupi untuk menyakinkan penemuan kami.

1) Bagi pengapitan kord tertunda (dengan penjagaan segera selepas kord dikapit) berbanding dengan pengapitan kord awal, kami mendapati ia berkemungkinan menyebabkan kurang bayi yang mati sebelum discaj (20 kajian, 2680 bayi). Didapati juga, lebih kurang bayi yang mempunyai pendarahan dalam otak (15 kajian, 2333 bayi), tetapi berkemungkinan tiada perbezaan dalam jumlah bayi yang mempunyai pendaran otak yang sangat serius. (10 kajian, 2058 bayi).

2) Hanya satu kajian merangkumi 276 bayi dan ibu mereka yang memaparkan data mengenai pengapitan tali pusat yang lewat bersama penjagaan bayi di samping ibu dengan kord yang masih utuh berbanding dengan pengapitan kord yang awal. Kajian ini kecil dan tidak mengenal pasti sebarang perbezaan yang ketara dalam taraf kesihatan bayi-bayi tersebut.

3) Untuk pengapitan kord yang lewat (dengan penjagaan segera selepas kord dikapit) berbanding dengan memerah kord, terdapat data yang tidak mencukupi (tiga kajian, 322 bayi) untuk membuat perbandingan antara hasil kajian.

4) Untuk pemerahan kord berbanding dengan pengapitan kord awal, kami mendapati 11 kajian yang memaparkan data 1183 bayi dan ibu mereka. Sekali lagi, terdapat data yang tidak mencukupi untuk membuat perbandingan yang jelas terhadap hasil kajian.

Apakah maksudnya?

Penundaan pengapitan kord umbilikal berkemungkinan mengurangkan risiko kematian bagi bayi yang lahir pramatang. Pengapitan kord yang lebih awal mungkin menyebabkan kemudaratan. Tiada kajian yang menunjukkan tempoh kelewatan yang terbaik, dan hanya beberapa kajian yang mengikuti susulan bayi tersebut untuk memerhati taraf kesihatan pada awal zaman kanak-kanaknya. Bukti tidak mencukupi untuk membuat kesimpulan yang boleh diyakini dalam memberikan penjagaan segera terhadap bayi di samping ibu dengan kord yang masih lekat. Begitu juga, terdapat bukti yang tidak mencukupi untuk membuat kesimpulan yang boleh dipercayai ke atas pemerahan kord. Kajian lanjut adalah diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Manisha Veanora Coran (RCSI-UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Chan MW (RCSI&UCD Malaysia Campus). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi manisha@ms.pmc.edu.my dan chanmw@rcsiucd.eduy.my

Tools
Information
Share/Save