Rawatan imunosupresif untuk glomerulosklerosis segmental fokal pada orang dewasa

Apakah isunya?

Sindrom nefrotik ialah satu keadaan di mana buah pinggang membocorkan protein dari darah ke dalam air kencing. Glomerulosclerosis segmental fokal (FSGS) yang ditakrifkan pada biopsi buah pinggang adalah punca yang jaranag untuk penyakit sindrom nefrotik tetapi ia berkembang kepada kegagalan buah pinggang dalam kira-kira separuh daripada semua kes. Ia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan - FSGS primer (dianggap disebabkan oleh faktor yang beredar dalam darah yang merosakkan buah pinggang), genetik (sekunder kepada mutasi dalam satu atau lebih gen), dan sekunder kepada punca lain, termasuk jangkitan tertentu. Rawatan bertujuan untuk mengurangkan jumlah protein dalam air kencing sepenuhnya atau sebahagiannya untuk melebihkan masa sebelum kegagalan buah pinggang berlaku.

Apakah yang telah kami lakukan?

Kami melihat semua kajian rawak terkawal (RCT) yang mengkaji terapi dengan prednisone atau agen lain yang mempengaruhi sistem imun seperti cyclosporin dan mycophenolate mofetil dan agen lain dengan atau tanpa terapi steroid.

Apakah yang kami temui?

Kami menemui 15 kajian yang melibatkan 553 peserta. Dalam lima kajian cyclosporin dibandingkan dengan rawatan yang berbeza. Menggabungkan empat kajian (231 peserta) menunjukkan bahawa cyclosporin adalah lebih berkesan daripada rawatan lain dalam mencapai remisi lengkap sindrom nefrotik. Kajian-kajian tersebut terlalu kecil dan berlangsung untuk tempoh yang terlalu singkat untuk menentukan sama ada cyclosporin mengurangkan risiko kegagalan buah pinggang. Sembilan kajian kecil meneliti ubat-ubatan berbeza yang mengekang sistem imun badan. Tiada satu pun daripada rawatan ini yang mengurangkan amaun protein dalam air kencing.

Kesimpulan

Kami menemui maklumat yang terhad bahawa cyclosporin boleh mengurangkan amaun protein dalam air kencing pada sesetengah orang dengan FSGS tetapi data adalah tidak pasti kerana kajian memasukkan terlalu sedikit peserta. Kami memerlukan ejen baru untuk rawatan FSGS dengan sindrom nefrotik untuk mencegah kegagalan buah pinggang.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Patricia Ponniah (Klinik Pergigian Seremban). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information