Ubat-ubatan antikolinergik berbanding terapi aktif tanpa ubat untuk sindrom pundi kencing aktif lampau dalam kalangan dewasa tanpa masalah neurogenik

Sindrom pundi kencing aktif lampau berlaku dalam kalangan dewasa yang mempunyai kesegeraan urinari atau tanpa kesegeraan inkontinens urinari (kebocoran air kencing). Orang biasanya mengosongkan pundi kencing pada siang hari dan juga pada waktu malam (nocturia). Ia merupakan masalah utama yang mempengaruhi kualiti hidup lebih 22 juta orang. Ia mempengaruhi lelaki dan wanita, dan lebih lazim dalam kalangan wanita dan orang-orang tua. Masalah ini adalah mahal kepada pesakit dan perkhidmatan kesihatan. Adalah tidak jelas kenapa ia terjadi, dan terdapat banyak rawatan termasuk ubat-ubatan dan rawatan tingkah laku seperti latihan pundi kencing dan latihan lantai pelvik. Adalah tidak jelas rawatan mana paling berkesan, mempunyai kesan sampingan yang paling kurang dan paling berekonomi. Dua puluh tiga kajian dengan 3685 peserta disertakan dalam ulasan ini. Para peserta lebih cenderung untuk bertambah baik jika mereka menggunakan ubat antikolinergik berbanding latihan pundi kencing sahaja, dan juga apabila menggunakan gabungan ubat antikolinergik dan latihan pundi kencing. Lebih ramai orang melaporkan penambahbaikan dalam gejala pundi kencing yang aktif lampau apabila menggunakan rangsangan elektrik berbanding ubat antikolinergik, tetapi ini hanya signifiikan dalam satu kajian dengan sejenis rangsangan elektrik iaitu rangsangan saraf tibia posterior perkutan. Keputusan-keputusan tersebut perlu ditafsir dengan berhati-hati kerana pelbagai jenis ubat antikolinergik dan dos diguna dalam kajian-kajian tersebut. Kesan buruk utama yang dilaporkan ialah mulut kering, di dalam satu pertiga orang yang mengambil ubat antikolinergik.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Zi Yan Chiah (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi Chris_ZY@live.com.

Tools
Information