Kesan beta 2 -agonis bertindak panjang berbanding dengan anti-leukotrien apabila ditambah kepada kortikosteroid yang disedut?

Latar belakang

Orang yang terus mengalami gejala asma walaupun menggunakan kortikosteroid sedutan (ICS) secara kerap merupakan cabaran pengurusan asma. Penambahan beta 2 -agonist bertindak panjang (LABA) dan penambahan anti-leukotrien oral (LTRA) adalah dua pilihan terapeutik.

Soalan ulasan

Apakah rawatan tambahan yang terbaik untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang menghidap asma yang keadaannya tidak dikawal secukupnya dengan ICS sahaja: LABA atau LTRA?

Apakah bukti yang telah kami temui?

Daripada bukti yang ada sehingga Disember 2012, kami mendapati 16 kajian yang melibatkan 6872 orang dewasa dan dua kajian yang melibatkan 336 kanak-kanak menyumbang kepada ulasan ini. Risiko eksaserbasi asma yang memerlukan penggunaan kortikosteroid adalah lebih rendah dengan kombinasi LABA + ICS berbanding LTRA + ICS—dari 13% kepada 11%. Pilihan LTRA (montelukast atau zafirlukast), dos ICS dan umur pesakit tidak menjejaskan keputusan dengan ketara. Kesannya kelihatan lebih kuat dalam kajian jangka pendek dan pada mereka yang menggunakan satu peranti untuk memberi kedua-dua ICS dan LABA. Kejadian buruk yang serius adalah lebih biasa dengan LABA berbanding LTRA, terutamanya pada orang dewasa. Gabungan LABA + ICS adalah lebih baik daripada LTRA + ICS dari segi fungsi paru-paru dan lebih baik secara sederhana dalam penunjuk lain kawalan asma dan kualiti hidup. LTRA didapati lebih baik dalam mencegah kemerosotan semasa bersenam. Risiko penarikan diri daripada kajian untuk sebarang sebab adalah jauh lebih rendah dengan LABA berbanding dengan LTRA. Lebih ramai pesakit berpuas hati dengan gabungan LABA + ICS, dan lebih kurang mengubah terapi jika mereka bermula dengan LABA dan bukannya LTRA.

Kesimpulan

Di kalangan orang dewasa yang asmanya tidak dikawal secukupnya dengan ICS, penambahan LABA kepada ICS didapati lebih baik daripada LTRA + ICS. Walaupun kedua-dua pilihan kelihatan selamat, bukti menunjukkan bahawa kejadian buruk (SAE) yang sedikit lebih serius boleh dilihat dengan LABA berbanding dengan LTRA, terutamanya apabila peranti berasingan digunakan untuk memberi LABA + ICS. Oleh kerana hanya dua kajian pediatrik yang menyumbang data kepada ulasan, strategi tambahan terbaik kepada ICS masih tidak pasti untuk kanak-kanak.

Kualiti bukti

Keyakinan kami terhadap kualiti bukti adalah tinggi dalam hasil keberkesanan utama (iaitu pesakit dengan eksaserbasi yang memerlukan kortikosteroid sistemik dan keberkesanan dan langkah keselamatan yang tinggi hingga sederhana). Satu kajian label terbuka pesakit dewasa dengan asma menyumbang kepada hasil tertentu yang membawa kepada penurunan kualiti bukti daripada tinggi kepada sederhana. Daripada nota, hanya dua kajian pediatrik menyumbang kepada ulasan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information