Natrium cromolyn untuk pencegahan penyakit paru-paru kronik dalam kalangan bayi lahir pramasa

Soalan ulasan: Apakah kesan pemberian natrium cromolyn profilaktik terhadap insidens penyakit paru-paru kronik pada 28 hari atau 36 minggu usia postmenstrual (PMA), kematian, atau hasil gabungan kematian atau penyakit paru-paru kronik pada 28 hari atau 36 minggu PMA dalam kalangan bayi lahir pramasa.

Latar belakang

Natrium cromolyn yang diberi dalam beberapa hari pertama kehidupan tidak menunjukkan dapat mencegah penyakit paru-paru kronik dalam kalangan bayi lahir pramasa. Bayi lahir pramasa (bayi yang lahir sebelum 37 minggu PMA) sering perlu diberi oksigen untuk masalah paru-paru selama beberapa minggu kerana penyakit paru-paru kronik. Ini disebabkan, sebahagiannya, oleh keradangan (bengkak) dalam paru-paru. Secara teori, natrium cromolyn adalah ubat yang boleh membantu mencegah keradangan ini. Ia adalah relatif selamat dan kesan sampingan jarang berlaku. Ia boleh diberi dengan penebula atau penyedut aerosol dalam beberapa hari pertama kehidupan untuk mengelakkan penyakit paru-paru kronik.

Ciri-ciri kajian

Kami hanya mendapati dua kajian yang mendaftarkan 64 bayi. Dalam salah satu daripada dua kajian ini, terdapat risiko bias r endah manakala dalam kajian kedua terdapat kebimbangan tentang cara bayi dimasukkan ke dalam kumpulan rawatan, dan sama ada ibu bapa dan doktor mengetahui rawatan mana yang diberikan (penjanaan jujukan rawak, penyembunyian peruntukan dan pembutaan hasil penilaian).

Sumber dana kajian

Kami tidak mendapati kajian yang menerima dana daripada industri.

Keputusan utama

Profilaksis dengan natrium cromolyn tidak menghasilkan kesan penting terhadap hasil gabungan kematian atau penyakit paru-paru kronik pada usia 28 hari, penyakit paru-paru kronik pada 28 hari; penyakit paru-paru kronik pada 28 hari atau pada PMA 36 minggu; atau penyakit paru-paru kronik dalam kalangan orang yang terselamat pada 28 hari atau pada PMA 36 minggu. Ulasan kajian ini tidak menemui bukti yang kuat natrium cromolyn boleh mencegah atau mengurangkan penyakit paru-paru kronik dan penyelidikan lanjut tidak dilihat wajar.

Kualiti bukti

Kualiti bukti adalah rendah untuk kebanyakan ukuran.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information