Susu formula berbanding susu ibu untuk menyusukan bayi pramatang atau berat badan rendah

Soalan ulasan
Adakah penyusuan bayi pramatang dan berat badan rendah dengan susu formula dan bukannya susu ibu mempengaruh pertumbuhan dan pembangunan?

Latar belakang
Formula tiruan boleh dimanipulasi untuk mengandungi jumlah nutrien penting yang lebih tinggi seperti protein berbanding susu ibu bersalin tetapi bayi yang baru lahir sering mencari susu formula sukar untuk dihadam. Tambahan pula, susu tiruan tidak mengandungi antibodi dan bahan-bahan lain yang wujud dalam susu ibu yang melindungi usus bayi pramatang atau berat badan rendah dan mengurangkan risiko jangkitan dan masalah usus yang teruk. Jika bayi pramatang diberi makan dengan susu formula dan bukannya susu ibu ( melalui payudara secara langsung atau susu yang dikeluarkan ibu sendiri), ini mungkin meningkatkan risiko masalah ini dan menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan. Memandangkan kebimbangan ini, kami telah mengkaji semua bukti yang terdapat dari kajian-kajian klinikal yang membandingkan susu formula dengan susu ibu bagi penyusuan bayi pramatang atau berat badan rendah.

Ciri-ciri kajian
Dalam carian sehingga Oktober 2018, kami tidak menemui sebarang kajian terkawal rawak yang layak.

Keputusan utama dan kesimpulan
Tiada data kajian untuk menjawab soalan ini. Sejak ulasan Cochrane yang lain menunjukkan bahawa pemakanan dengan susu formula berbanding dengan susu ibu penderma meningkatkan risiko masalah usus yang serius dalam bayi pramatang atau berat badan kelahiran rendah, ia tidak mungkin bahawa keluarga dan klinikal akan menganggap ia boleh diterima untuk memperuntukkan bayi untuk menerima susu formula sebagai alternatif kepada susu ibu apabila ia boleh didapati.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information