Termoterapi (rawatan haba) untuk merawat artritis reumatoid

Termotherapi adalah satu modaliti yang biasa digunakan dalam merawat artritis reumatoid (RA). Kaedah termoterapi termasuk fomentasi haba lembap secara dangkal (pek panas) pada suhu yang berbeza, cryoterapi (pek ais), mandian lilin parafin dan mandian faradic. Semua kajian yang dimasukkan dalam ulasan ini (n = 7) adalah ujian terkawal rawak (RCT).

Ulasan ini mendapati tiada kesan ketara bagi aplikasi pek panas dan ais serta mandian faradic atas langkah objektif aktiviti penyakit termasuk bengkak sendi, sakit, pengambilan ubat-ubatan, julat pergerakan (ROM), kekuatan genggaman, fungsi tangan atau keutamaan pesakit berbanding kawalan (tanpa rawatan) atau terapi yang aktif. Walau bagaimanapun, terdapat keputusan yang positif untuk mandian lilin parafin untuk tangan arthritik atas langkah objektif ROM, fungsi mencubit, kekuatan genggaman, kesakitan pada gerakan tidak bertentangan, kekejangan berbanding kawalan (tanpa rawatan) selepas empat minggu berturut-turut dengan rawatan .

Tiada perbezaan yang signifikan antara lilin dan terapi ultrasound atau antara lilin dan mandian faradic yang digabungkan dengan ultrasound untuk sebarang tujuan keputusan Pengulas membuat kesimpulan bahawa termoterapi boleh digunakan sebagai terapi paliatif atau sebagai terapi tambahan yang digabungkan dengan senaman untuk pesakit RA. Mandian lilin kelihatan amat berguna dalam rawatan artritis tangan. Kesimpulan ini dihadkan oleh pertimbangan metodologi seperti kualiti ujian.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information
Share/Save