Pemantauan terapeutik ubat anti-epileptik untuk epilepsi

Tiada bukti untuk menyokong pemantauan terapeutik rutin ubat anti-epileptik dalam rawatan epilepsi.

Tiada bukti ditemui menunjukkan bahawa pengukuran rutin kepekatan ubat dalam serum untuk menentukan pelarasan dos ubat adalah lebih penting daripada pelarasan dos ubat yang dibuat atas dasar klinikal sahaja terhadap pesakit epilepsi yang baru didiagnosis dan dirawat dengan ubat tunggal: carbamazepine, valproate, phenytoin, phenobarbital atau primidone. Satu kajian di bawah berkuasa ditemui, dan ulasan ini tidak menolak kemungkinan bahawa pemantauan ubat terapeutik mungkin berguna pada pesakit epilepsi yang baru didiagnosis, ia juga tidak termasuk penggunaan yang berkemungkinan dalam pemantauan di keadaan-keadaan tertentu atau dalam pesakit yang dipilih.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save