Rawatan pelbagai disiplin peringkat awal sakit belakang rendah

Soalan ulasan

Kami mengulas bukti mengenai kesan rawatan pelbagai disiplin bagi sakit, kecacatan, dan status kerja dalam kalangan orang-orang yang telah mengalami sakit belakang rendah selama enam hingga 12 minggu. Kami takrifkan rawatan pelbagai disiplin sebagai rawatan yang mensasarkan fizikal dan juga aspek-aspek psikologi atau sosial sakit belakang rendah dan melibatkan pasukan penyedia penjagaan kesihatan dengan latar belakang profesional dan latihan yang berbeza. Sebagai contoh, rawatan yang mengintegrasi terapi senaman yang disediakan oleh jurupulih anggota dengan penyesuaian tempat kerja yang disediakan oleh ahli pakar ergonomis, pakar dalam reka bentuk dan persediaan peralatan tempat kerja, akan dianggap sebagai pelbagai disiplin.

Latar belakang

Sakit belakang rendah (LBP) adalah suatu keadaan yang menyebabkan kesakitan dan penderitaan di seluruh dunia dan juga melibatkan kos tinggi kepada masyarakat akibat perbelanjaan penjagaan kesihatan dan tidak hadir bekerja. Kajian terdahulu menunjukkan orang-orang dengan sakit belakang rendah melebihi tiga bulan kurang berkemungkinan untuk pulih. Hasilnya, terdapat peningkatan penekanan kepada kepentingan intervensi peringkat awal LBP.

Tujuan ulasan ini adalah untuk mengetahui sama ada rawatan pelbagai disiplin adalah lebih baik atau lebih buruk daripada alternatif lain, seperti rawatan biasa (iaitu amalan klinikal semasa) atau rawatan lain (contohnya terapi senaman sahaja) untuk orang-orang yang mengalami sakit belakang rendah selama enam hingga 12 minggu.

Ciri-ciri kajian

Carian adalah terkini sehingga Julai 2016.

Lima kajian telah dijalankan di Eropah dan empat di Amerika Utara. Saiz sampel adalah di antara 33 hingga 351. Min umur seluruh kajian adalah di antara 32.0 dan 43.7 tahun. Kebanyakan kajian termasuk sampel campuran peserta lelaki dan perempuan. Para penulis tidak meragui sumber dana kajian-kajian yang dimasukkan.

Keputusan utama

Secara keseluruhan, kami mendapati rawatan pelbagai disiplin mungkin lebih baik daripada rawatan biasa bagi orang-orang dengan LBP untuk tempoh enam hingga 12 minggu. Individu yang menerima rawatan pelbagai disiplin mempunyai kurang sakit, kurang kecacatan, peningkatan kemungkinan pulangan untuk kembali bekerja dan kurang hari cuti sakit pada 12 bulan susulan. Walau bagaimanapun, apabila membandingkan rawatan pelbagai disiplin untuk rawatan lain (misalnya intervensi klinikal ringkas termasuk pendidikan dan nasihat mengenai senaman), kami mendapati bahawa rawatan pelbagai disiplin mungkin tidaklah lebih baik daripada rawatan lain. Walaupun kami mengkaji kejadian peristiwa buruk sebagai hasil sekunder, tiada kajian yang dimasukkan melaporkan hasil ini.

Kualiti bukti

Kualiti bukti bagi ulasan ini pada umumnya rendah yang sangat rendah. Ini disebabkan oleh saiz sampel yang kecil dan lain-lain pembatasan kajian. TLagipun, kami kumpulkan kajian-kajian dengan pelbagai intervensi dan perbandingan. Misalnya, sesetengah intervensi pelbagai disiplin agak berat (seperti > 30 jam rawatan), sedangkan kajian lain direka bentuk ringkas (seperti < tiga jam). Kebolehubaha di seluruh kajian menjadikannya lebih mencabar untuk mentafsirkan penemuan-penemuan.

Kesimpulannya, terdapat keperluan untuk kajian rawak terkawal yang lebih besar dan berkualiti tinggi sebelum kita boleh membuat syor muktamad untuk amalan klinikal.

Nota terjemahan: 

Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Share/Save