Pembatasan protein untuk penyakit buah pinggang diabetes

Berdasarkan 12 kajian, termasuk dari lapan hingga 160 orang dengan diabetes jenis 1 dan jenis 2 untuk tempoh purata sekurang-kurangnya empat bulan, pembatasan pengambilan protein melambatkan progressi penyakit buah pinggang diabetes, tetapi tidaklah banyak secara purata. Namun, perbezaan individu wujud, oleh itu diet rendah-protein boleh memberi manfaat kepada sesetengah individu. Diet rendah-protein boleh menjadi sukar untuk dipatuhi, terutamanya dalam jangka masa panjang. Mengurangkan amaun protein haiwan adalah kaedah lazim tetapi beberapa bukti mencadangkan bahawa satu anjakan daripada daging merah ke daging putih dan ikan atau sayur-sayuran mungkin memberi keputusan yang serupa. Kami mendapati tiada data mengenai kesan diet rendah-protein ke atas kesihatan yang berkaitan dengan kualiti hidup dan kos.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information