Langkau ke kandungan utama

Penyedut dos terukur bertekanan berbanding semua alat penyedut tagang lain untuk menyampaikan bronkodilator bagi penyakit pulmonari obstruktif kronik

Ulasan ini melibatkan penilaian pelbagai alat penyedut untuk penghantaran bronkodilator yang disedut dalam penyakit pulmonari obstruktif kronik yang stabil (COPD). Kajian-kajian dalam ulasan ini melibatkan penyedut dos terukur bertekanan (pMDI) yang dibandingkan dengan sebarang peranti penyedut tagang lain yang mengandungi bronkodilator. Hanya tiga kajian rawak terkawal memenuhi kriteria inklusi. Disebabkan bilangan kajian yang sangat kecil yang disertakan dalam ulasan ini, adalah tidak mungkin untuk membuat kesimpulan mengenai penggunaan alat-alat penyedut yang mengandungi bronkodilator dalam COPD. Terdapat keperluan untuk kajian-kajian rawak terkawal dengan reka bentuk baik untuk mengkaji peranan bronkodilator dalam COPD.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Petikan
Ram FSF, Brocklebank DDM, Muers M, Wright JJ, Jones P. Pressurised metered-dose inhalers versus all other hand-held inhalers devices to deliver bronchodilators for chronic obstructive pulmonary disease. Cochrane Database of Systematic Reviews 2002, Issue 1. Art. No.: CD002170. DOI: 10.1002/14651858.CD002170.