Vaksin radang paru-paru (pneumokokus) untuk kanak-kanak dan orang dewasa dengan asma

Radang paru-paru adalah penyakit yang serius bagi orang yang mempunyai asma dan vaksin pneumokokal telah dikaji untuk melihat jika ia mengurangkan penyakit atau kematian dalam orang ramai. Pencarian terperinci ujian terkawal rawak yang mengkaji penggunaan vaksin pneumokokal dalam asma hanya mendapati satu kajian kecil yang tidak berkualti tinggi dalam kanak-kanak. Ini menunjukkan pengurangan dalam kadar serangan asma dari sepuluh setiap tahun kepada tujuh setiap tahun. Ujian rawak untuk mengkaji vaksin pneumokokal dalam kanak-kanak dan orang dewasa yang yang menghidap asma diperlukan untuk menilai sebanyak mana manfaat yang diterima oleh pesakit asma yang menerima vaksin ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Di sunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save