Langkah-langkah antipiretik untuk rawatan demam dalam malaria

Demam merupakan simtom lazim malaria. Ubat-ubatan antipiretik (ubat melegakan demam) dan langkah-langkah fizikal (seperti jelum dengan air suam) digunakan secara meluas oleh penjaga dan pekerja penjaga kesihatan untuk merawat demam yang dialami orang dewasa dan kanak-kanak dengan malaria. Beberapa penyelidik telah mempersoalkan kepercayaan yang mana rawatan demam dengan ubat-ubatan antipiretik adalah bermanfaat. Mereka mencadangkan bahawa ia sebenarnya memanjangkan tempoh masa diambil parasit malaria untuk dikeluarkan dari sistem darah. Ulasan ini mencari bukti daripada jenis penyelidikan bersesuaian yang melihat kepada isu-isu ini. Kami mendapati hanya sebilangan kecil kajian dan tidak memperolehi informasi yang cukup daripada kajian ini untuk mencapai kesimpulan samada ubat-ubatan antipiretik sebenarnya membantu menyelesaikan simtom malaria ataupun memanjangkan tempoh penyakit.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi salwah@usm.my

Tools
Information
Share/Save