Pembalut untuk merawat luka terbakar superfisial (darjah pertama) dan lecur separa tebal (darjah kedua)

Luka terbakar superfisial ialah luka yang melibatkan lapisan kulit epidermis manakala lecur separa tebal melibatkan kecederaan yang lebih mendalam kepada struktur seperti saluran darah dan saraf. Terdapat banyak bahan pembalut bagi tujuan merawat luka terbakar namun, tiada bukti kukuh untuk menyokong penggunaan bahan-bahan tersebut. Bukti dari beberapa kajian kecil yang berkualiti rendah menunjukkan bahawa luka terbakar superfisial dan lecur separa tebal sembuh dengan lebih cepat dengan menggunakan nilon bersalutkan silikon, pembalut yang mengandungi perak dan pembalut biosintetik berbanding dengan krim perak sulfadiazine. Luka terbakar yang dirawati dengan pembalut hidrogel sembuh dengan lebih cepat berbanding dengan luka terbakar yang dirawati dengan pembalut biasa.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Kyralynn Taylor (Penang Medical College). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi kyralynn@ms.pmc.edu.my.

Tools
Information