Kortikosteroid sedutan berbanding sistemik untuk rawatan displasia bronkopulmonary pada bayi pramatang yang kurang berat badan yang menerima ventilasi

Soalan ulasan

Untuk membandingkan keberkesanan kortikosteroid yang terhidu dengan yang diberikan secara systemic kepada bayi pramatang yang bergantung kepada ventilator dengan berat badan kelahiran ≤ 1500 g atau usia kehamilan ≤ 32 minggu selepas 7 hari hidup pada kejadian penyakit paru-paru kronik pada usia postmenstrual 36 minggu yang diperbetulkan.

Latar belakang

Bayi pramatang (bayi yang dilahirkan sebelum tempoh kehamilan 40 minggu) sering memerlukan sokongan pernafasan (ventilator). Bayi yang memerlukan sokongan pernafasan mekanikal invasif (meletakkan tiub bernafas dalam paip angin) untuk tempoh yang berpanjangan seringkali menghidapi displasia bronkopulmonari (ditakrifkan sebagai keperluan oksigen tambahan pada umur selepas 36 minggu). Keradangan paru-paru mungkin sebahagian daripada puncanya. Ubat kortikosteroid mengurangkan keradangan dan bengkak di dalam paru-paru, tetapi boleh memberi kesan sampingan yang serius. Penggunaan kortikosteroid telah dikaitkan dengan cerebral palsy (masalah motor) dan kelewatan perkembangan. Menyedut steroid, supaya ubat itu sampai ke paru-paru secara langsung, telah dicuba sebagai cara untuk menghadkan kesan buruk.

Tarikh carian

23 Februari 2017.

Ciri-ciri kajian

Ketiga-tiga kajian adalah rawak, tetapi intervensi pembutaan dan pengukuran hasilnya berbeza Data daripada dua kajian (mendaftarkan 139 bayi) digabungkan kerana mereka mendaftarkan bayi berusia antara 12 hingga 21 hari, tetapi data daripada satu kajian (mendaftarkan 292 bayi) dilaporkan secara berasingan kerana penyelidik merawak kanak-kanak yang berusia kurang dari 72 jam. Masa apabila keputusan diukur berbeza di antara kajian dan ia tidak sesuai untuk menggabungkan beberapa keputusan. Dalam satu kajian, semua kematian yang berlaku dilaporkan dari masa bayi rawak bukan dari ketika rawatan dimulakan, oleh itu terdapat lebih banyak bayi yang mati dalam kajian tersebut.

Satu kajian menerima sokongan geran dan industri menyediakan Aerochambers dan inhaler dos meteran budesonide dan plasebo untuk kajian yang sama. Tiada konflik kepentingan telah dikenal pasti.

Keputusan utama

Bukti daripada dua kajian meliputi 370 bayi, yang secara rawak di antara 12 hingga 21 hari dan yang menyumbang data kepada hasil utama ulasan ini, menunjukkan steroid yang disedut selepas 7 hari berbanding dengan steroid sistemik tidak mengurangkan kejadian kematian atau displasia bronkopulmonary (BPD) pada umur 36 minggu postmenstruasi Bukti dari kajian tunggal di mana bayi telah dirawak kurang dari 72 jam tidak menunjukkan perbezaan kejadian kematian atau BPD.

Bukti daripada tiga kajian dalam 431 bayi menyumbang kepada hasil sekunder menunjukkan bahawa steroid yang disedut diberikan selepas tujuh hari berbanding dengan steroid sistemik adalah tidak banyak mengubah kejadian BPD pada umur 36 minggu postmenstruasi, hiperglisemia, hipertensi, tempoh ventilasi, tempoh suplemen oksigen, jangka masa tinggal di hospital, pendarahan intraventricular gred III-IV, leukomalacia periventrikular, enterocolitis necrotising, pendarahan gastrousus, retinopati pramatang tahap > 3, bukti kultur sepsis atau kejadian kesan buruk.

Profil kesan buruk tidak berbeza untuk sedutan berbanding steroid sistemik tetapi beberapa komplikasi yang berpotensi untuk rawatan steroid belum dilaporkan. Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menunjukkan sama ada sebarang bentuk penggunaan rutin steroid menyebabkan penambahbaikan kesihatan keseluruhan untuk bayi yang berisiko displasia bronkopulmonary.

Kualiti bukti

Kualiti bukti (mengikut kriteria GRADE) adalah sederhana hingga rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah ). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save