Penenang untuk penghentian opioid pada bayi yang baru lahir

Soalan ulasan

Untuk menentukan keberkesanan dan keselamatan menggunakan ubat penenang (ubat tidur) berbanding dengan ubat bukan opioid atau kawalan bukan ubat untuk rawatan sindrom pantang neonatal (NAS) kerana penghentian dari opioid.

Latar belakang

Penggunaan opioid (preskripsi atau terlarang) oleh wanita hamil boleh mengakibatkan bayi mereka yang baru lahir mengalami gejala penghentian secara kolektif disebut sebagai NAS, yang boleh mengakibatkan gangguan hubungan ibu-bayi, kesukaran tidur dan makan, penurunan berat badan dan sawan (kejang) . Rawatan untuk bayi yang baru lahir digunakan untuk memperbaiki NAS dan mengurangkan komplikasi termasuk rawatan yang menyokong seperti dummy (pacifier); pembalut atau pembungkus; penyusuan yang sedikit dan kerap; kontak kulit yang ra[at dengan membawa sling dan kaedah lain; dan preskripsi opioid atau penenang, atau kedua-duanya.

Ciri-ciri kajian

Carian adalah terkini sehingga September 2020.

Keputusan-keputusan utama

Kami menyertakan 10 percubaan, mendaftarkan 581 bayi dengan NAS yang disebabkan oleh penggunaan opioid ibu pada kehamilan, dalam tinjauan. Terdapat pelbagai perbandingan ubat penenang dan rejimen yang berbeza. Penambahan phenobarbital untuk rawatan sokongan meningkatkan tempoh rawatan dan rawatan hospital, tetapi mengurangkan tempoh rawatan sokongan setiap hari berbanding dengan rawatan sokongan sahaja. Phenobarbital mengurangkan kegagalan rawatan berbanding diazepam dan chlorpromazine. Clonidine dan opioid berbanding dengan phenobarbital dan opioid meningkat hari rawatan di hospital dan hari rawatan. Data tidak mencukupi untuk menentukan keselamatan dan kejadian kesan sampingan bagi bayi yang dirawat dengan kombinasi opioid dan penenang termasuk Phenobarbital dan clonidine. Kesan sampingan yang dilaporkan pada bayi yang dirawat dengan opioid termasuk berlebihan dari penambahan phenobarbital, dan tekanan darah rendah dari penambahan clonidine dengan tekanan darah tinggi yang meningkat semula dan NAS dilaporkan setelah menghentikan clonidine. Kami menjumpai satu kajian yang sedang berlangsung berkaitan clonidine dan morphine untuk NAS.

Kepastian bukti

Adalah rendah hingga sangat rendah untuk semua hasil.

Diterjemah oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.: 

Diterjemah oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia).Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information