Azithromycin untuk jangkitan saluran pernafasan rendah akut

Soalan ulasan
Kami menjalankan ulasan ini untuk membandingkan azithromycin dengan amoxycillin atau amoxyclav dalam merawat jangkitan saluran pernafasan rendah (LRTI).

Latar belakang
Jangkitan saluran pernafasan rendah akut (LRTI) adalah salah satu diagnosis yang paling biasa dalam keadaan pesakit luar. Mereka terdiri daripada bronkitis akut dan eksakerbasi akut bronkitis kronik kepada pneumonia. Azithromycin adalah subclass antibiotik macrolide dan digunakan untuk merawat jangkitan bakteria tertentu.

Tarikh carian
Kami mencari kajian yang telah diterbitkan dan yang belum selesai sehingga pada bulan November 2014.

Ciri-ciri kajian
Kajian terkawal secara rawak (RCTs) dan quasi-RCTs, membandingkan azithromycin dengan amoxycillin atau amoxycillin/clavulanic acid dalam peserta dengan bukti klinikal LRTI akut, seperti bronkitis akut, pneumonia dan eksakerbasi akut bronkitis kronik.

Keputusan utama
Kami menganalisis hasil daripada 15 kajian dengan 2496 peserta. Kesan azithromycin pada penawar, penambahbaikan atau kegagalan tidak lebih baik daripada amoxycillin atau amoxyclav. Walau bagaimanapun, azithromycin nampaknya mempunyai kejadian buruk yang lebih kurang berbanding dengan amoxycillin atau amoxyclav tetapi tidak signifikan.

Kualiti bukti
Keseluruhan kualiti bukti untuk hasil utama adalah rendah kerana hanya tiga daripada 15 kajian yang termasuk menunjukkan penyembunyian peruntukan yang mencukupi. Oleh itu, pada masa ini, terdapat bukti yang tidak mencukupi untuk menunjukkan secara muktamad bahawa azithromycin lebih baik daripada amoxicillin atau amoxiclav dalam merawat LRTI akut.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Teh Keng Hwang (UniSHAMS). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information