Kegunaan ekstrak gingko biloba daripada daun pokok maidenhair, untuk degenerasi makula yang berkaitan dengan usia

Degenerasi makular berkaitan dengan umur (AMD) adalah keadaan yang melibatkan kawasan pusat retina (belakang mata). Keadaan retina boleh merosot dengan umur dan sesetengah orang mendapat penyakit yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan pusat. Gingko biloba, yang diekstrak dari daun pokok maidenhair, digunakan dalam perubatan herba cina untuk merawat pelbagai masalah perubatan, terutamaya masalah peredaran darah. Ekstrak ginkgo biloba mengandungi dua kandungan (flavonoid dan terpenoids) yang mempunyai sifat antioxidan. ia dipercayai dapat mengurangkan perkembangan AMD. Pengarang ulasan mengenalpasti dua kajian terkawal rawak (dengan jumlah 119 peserta); satu di Perancis dan satu di Jerman. Satu kajian membanding Gingko biloba dengan plasebo dan satu membandingkan two dos yang mengandungi ekstrak gingko biloba. Walaupun dua kajian ini melaporkan beberapa kesan positif Ginkgo biloba atas penglihatan, kajian ini adalah kecil dan berjangka pendek. Kesan sampingan dan kualiti hidup tidak dinilai. Kesimpulan keseluruhan ulasan ini bahawa penyelidikan semasa tidak dapat menjawab soalan sama ada Ginkgo biloba dapat memberi manfaat kepada orang yang mengalami AMD. Kajian masa depan perlu melibatkan peserta yang lebih banyak dan juga dilaksanakan lebih lama lagi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information
Share/Save