Antibiotik jangka panjang bagi mencegah jangkitan saluran kencing berulang dalam kalangan kanak-kanak.

Apakah isunya?

Jangkitan pundi kencing dan buah pinggang (jangkitan saluran kencing -UTI) sering berlaku pada kanak-kanak terutamanya dalam kalangan kanak-kanak perempuan. Ia mengakibatkan gejala penyakit yang tidak menyenangkan seperti muntah, demam dan keletihan. Pada sesetengah kanak-kanak kerosakan buah pinggang boleh berlaku, sebagaimana penyakit boleh berulang. Dengan jangkitan yang berulang-ulang, risiko kerosakan buah pinggang meningkat. Sesetengah doktor mempreskrib antibiotik jangka panjang untuk cuba mencegah jangkitan daripada berulang, tetapi ini boleh mengakibatkan kanak-kanak menjadi tidak sihat dengan cara lain seperti muntah.

Apa yang pengulas lakukan?

Pengulas membuat pencarian di pengkalan-pengkalan data elektronik dan senarai rujukan untuk mengenalpasti dan merumus dapatan daripada semua kajian rawak terkawal yang membandingkan dos rendah antibiotik yang diberikan pada tempoh sekurang-kurangnya 2 bulan, dengan tiada rawatan atau plasebo di dalam kalangan kanak-kanak berisiko mendapat UTI. Pengulas juga mengenalpasti kajian-kajian yang membandingkan jenis dan dos antibiotik yang berbeza.

Apakah yang pengulas jumpai?

Pengulas menyertakan 16 kajian (2036 kanak-kanak dirawak, 1977 kanak-kanak dianalisis). Ulasan ini mendapati antibiotik jangka panjang mungkin mengurangkan risiko jangkitan bersimptom berulang tetapi faedah ini mungkin kecil dan mesti diambilkira terhadap kebolehjadian jangkitan pada masa hadapan adalah mungkin diakibatkan oleh baketria yang rentan terhdap antibiotik yang diberikan.

Kesimpulan

Antibiotik jangka panjang dan dos rendah untuk mencegah UTI berulang patut diuntukkan bagi kanak-kanak yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan berulang, seperti bayi, dan kanak-kanak yang pakar klinikal memang mahu menurunkan risiko jangkitan baharu seperti kanak-kanak yang mengalami keabnormalan renal.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Intan Juliana Abd Hamid (Institut Perubatan & Pergigian Termaju, USM). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (afilza@usm.my). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi intanj@usm.my.

Tools
Information
Share/Save