Yoga untuk epilepsi

Terjemahan ini tidak kemaskini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan Sistematik ini.

Ulasan ini menilai kegunaan yoga sebagai rawatan untuk mengawal epilepsi.

Epilepsi adalah satu gangguan dimana sawan yang berulang disebabkan discaj elektrik yang tidak normal berlaku di dalam otak. Kebanyakan sawan boleh dikawal dengan ubat anti-epileptik tetapi kadang tidak mempunyai kesan keatas sawan yang terjadi. Pesakit mungkin ingin mencuba rawatan-rawatan tanpa ubat seperti yoga. Diantara 25% dan 40% pesakit sawan yang dirawat dengan AED mempunyai sawan yang tidak terkawal, mengalami kesan buruk sampingan ubat, merana kerana kesan stigma dan mempunyai gangguan psikaitri pada tahap yang lebih tinggi berbanding dengan pesakit-pesakit penyakit kronik yang lain. Bagi mereka yang mengidap epilepsi dan masalah-masalah yang berkaitan, adalah penting untuk mewujudkan, menilai, dan melaksanakan satu model rawatan sampingan / komplementari di dalam rawatan harian bagi sawan.

Yoga, yang merupakan sebahagian penting dalam budaya dan warisan India, dikatakan dapat memberikan kesihatan yang sihat - fizikal, mental dan rohani - ke atas pengamalnya. Terdapat pelbagai jenis yoga yang melibatkan senaman-senaman postur / 'postural' ('asanas'), kawalan pernafasan ('pranayama') dan meditasi. Satu kajian yang melibatkan pengamalan yoga Sahaja, iaitu sejenis meditasi, mengurangan sawan dan perubahan EEG dalam kalangan pesakit sawan. Kesan meditasi disebabkan oleh pengurangan dalam tahap stres / tekanan sebagaimana dibuktikan oleh perubahan dalam rintangan kulit dan tahap lactate dalam darah dan asid vanillylmandelic urin.

Dalam ulasan ini, kami telah melibatkan dua ujikaji terkawal secara rawak dan terbuka ( 'unblinded') yang merangkumi 50 peserta (dewasa) epilepsi refraktori dan membandingkan mana-mana jenis yoga India yang klasik kepada kumpulan kawalan yang tidak menerima intervensi atau intervensi berbentuk senaman seperti yoga atau Terapi Penerimaan dan Komitmen. Semua peserta meneruskan pengambilan ubat antiepileptik.

Hasil yang dinilai adalah : peratus pesakit yang didapati bebas sawan; kekerapan dan jangkamasa sawan; dan kualiti kehidupan. Analisa keputusan keseluruhan keberkesanan menunjukkan rawatan yoga adalah lebih baik berbanding dengan tanpa intervensi atau intervensi selain yoga, tetapi tiada kesimpulan yakin yang dapat dicapai berkaitan keberkesanan yoga sebagai rawatan bagi sawan yang tidak terkawal. Kumpulan yoga menunjukkan peningkatan ketara dalam kualiti kehidupan mengikut Skala Kepuasan Dengan Kehidupan.

Pembutaan / 'Blinding' mungkin mengurangkan 'bias' (kecenderungan / berat sebelah) pemerhati. Pembutaan / 'Blinding' doktor pengamal boleh dicapai jika hasil / penemuan terhasil dinilai oleh doktor pengamal yang tidak terlibat dalam ujikaji. Pembutaan / 'blinding' peserta tidak mungkin dapat dilakukan, kerana adalah mudah untuk menentukan samada intervensi yang diberikan ialah yoga ataupun bukan. Adalah 'ideal' jika rekod-rekod sawan diuruskan oleh pemerhati 'blinded' / yang tidak tahu. Hasil kekerapan sawan sebaik-baiknya diekspresikan sebagai bilangan kadar individu yang bebas dari sawan atau kadar bilangan yang mempunyai lebih dari 50% pengurangan dalam kekerapan sawan, memandangkan nilai purata kekerapan sawan adalah kerap-kali 'skewed' / condong sebelah dan sukar untuk dianalisa. Jangka masa sawan boleh diukur dalam saat atau minit (setiap episod atau bulan). Petunjuk nilai (spesifik bagi penyakit) yang telah disahkan bagi kualiti hidup mungkin menunjukkan samada terdapat peningkatan secara keseluruhan dalam kualiti hidup sebagai hasil dari intervensi, disamping kawalan sawan.

Tiada kesimpulan yang boleh diyakini dapat dibuat pada waktu ini mengenai keberkesanan yoga sebagai rawatan untuk sawan. Juga, bukti untuk menentukan hasil adalah sangat terhad dan berkualiti rendah. Yoga boleh dikatakan sebagai satu intervensi yang kompleks, sama seperti rawatan komplementari yang lain dan rawatan alternatif. Pada masa ini, yoga hanya boleh menjadi tambahan kepada ubatan anti-sawan (AEDs) dan tidak boleh digunakan sebagai kaedah intervensi dengan sendirinya. Kesimpulannya, tiada bukti yang boleh diyakini dijumpai untuk menyokong kegunaan yoga dan ujikaji-ujikaji selanjutnya adalah diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my.

Share/Save