Tidak cukup bukti keberkesanan thiamin bagi penghidap penyakit Alzheimer

Kajian klinikal dan makmal ada menunjukkan kesan thiamin terhadap rembesan dan uraian acetylkolin. Beberapa fungsi intelek, termasuk perhatian dan ingatan, dipengaruhi oleh neuron yang merembeskan acetylkolin. Fungsi kolinergik terjejas dalam penyakit Alzheimer. Maka terdapat hipotesis yang mengatakan thiamin boleh memberi manfaat bagi penyakit Alzheimer. Keabnormalan biokimia dalam enzim yang bergantung kepada thiamin telah ditemui dalam pesakit yang menghidapi penyakit Alzheimer. Tiga ujian terkawal rawak yang melibatkan kurang daripada 50 peserta dan butiran keputusan yang tidak mencukupi, tidak mengizinkan penggabungan data. Oleh itu sorotan ini tidak menjumpai bukti keberkesanan thiamin bagi penghidap penyakit Alzheimer.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information
Share/Save