Tiada bukti menunjukkan aspirin boleh menambahbaik simtom-simtom demensia vaskular

Aspirin dalam dos yang rendah boleh menambahbaik prognosis penyakit jantung dan strok, mungkin dengan mengurangkan pembentukan darah beku di dalam salur darah dan membantu mengekalkan atau menambahbaik pengaliran darah ke jantung dan otak. Ramai doktor beranggapan bahawa aspirin juga berfaedah bagi mereka yang mengidap demensia vaskular.

Kajian sistematik ini menunjukkan bahawa tiada bukti yang aspirin berkesan untuk penghidap demensia vaskular. Perkara ini mungkin disebabkan oleh demensia vaskular dan strok mempunyai proses patologi yang berbeza. Pengamal perubatan perlu menyedari risiko penggunaan aspirin, seperti pendarahan, yang boleh membawa maut.

 

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi salwah@usm.my.

Tools
Information
Share/Save