Carbamazepine untuk Skizofrenia

Pesakit yang menghidap skizofrenia kebiasaannya sering mendengar suara dan melihat benda (halusinasi) dan mempunyai kepercayaan aneh (delusi). Mereka juga mengalami apati (ketiadaan emosi, perasaan dan minat), keletihan berpanjangan, tiada dorongan, serta pemikiran dan perilaku yang tidak terurus. Simptom-simptom ini membuatkan skizofrenia salah satu penyakit teruk yang memberi kesan terhadap ramai orang dalam kehidupan seharian mereka.

Rawatan utama untuk skizofrenia adalah ubat antipsikotik. Tetapi, walaupun ubatan ini telah berjaya merawat ramai orang, 5% sehingga 15% akan terus menderita akibat simptom-simptom yang melemahkan ini. Untuk golongan ini, beberapa pilihan rawatan telah sedia ada: menukar dos ubat; menukar kepada ubat antipsikotik yang lain; atau mengambil ubat-ubatan yang bukan dalam kumpulan antipsikotik. Carbamazepine adalah ubat yang pertama kali digunakan untuk merawat epilepsi (sawan) pada 1950an. Ia juga telah digunakan sebagai penstabil (pelaras) mood apabila seseorang berada di antara mood yang tinggi dan rendah (sebagai contoh gangguan mood dalam penyakit bipolar) Kesan sampingan carbamazepine termasuklah: koordinasi yang lemah, sakit kepala dan mengantuk.

Ulasan ini memfokuskan tentang keberkesanan carbamazepine untuk pesakit skizofrenia. Carian daftar kajian dalam Kumpulan Skizofrenia Cochranetelah dibuat pada Julai 2012. Sepuluh kajian dengan jumlah 283 orang (subjek kajian) telah dijumpai. Carbamazepine telah dibandingkan dengan ubat tidak aktif (olok-olok ataupun rawatan plasebo) dibandingkan dengan antipsikotik ataupun diambil sebagai tambahan dengan antipsikotik lain. Walaubagaimanapun, kesemua sepuluh kajian tersebut adalah berskala kecil dan maklumat di dalamnya mempunyai standard yang rendah. Oleh yang demikian, terdapat kekurangan bukti kukuh sama ada carbamazepine mengurangkan simptom dan kesan-kesan sampingan kepada pesakit skizofrenia ataupun penyakit mental yang serupa. Percubaan-percubaan yang berskala lebih besar dan direka dengan lebih tepat dan mampan diperlukan sebelum carbamazepine boleh disyorkan sebagai rawatan untuk pesakit skizofrenia.

Ringkasan bahasa umum ini the ditulis oleh pengguna; Ben Gray: Servis Pengguna dan Pakar Servis Pengguna. Mengkaji Kembali Penyakit Mental

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Solihin Zahari (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi solihin@ms.pmc.edu.my

Tools
Information