Langkau ke kandungan utama

Imunoglobulin intravena untuk jangkitan yang disyaki atau terbukti dalam neonat

Latarbelakang

Bayi boleh memperolehi jangkitan semasa dalam kandungan atau di hospital selepas kelahiran, terutamanya jika mereka memerlukan rawatan rapi. Jangkitan ini boleh menyebabkan penyakit yang serius atau kematian. Imunoglobulin yang dibawa oleh ibu (bahan-bahan dalam darah yang boleh melawan jangkitan) kepada fetus biasanya berlaku selepas 32 minggu kehamilan, dan bayi tidak menghasilkan imunoglobulin sehingga beberapa bulan selepas kelahiran. Secara teorinya, kesan-kesan buruk jangkitan dapat dikurangkan dengan imunoglobulin intravena.

Soalan ulasan

Dalam bayi yang baru lahir dengan jangkitan yang disyaki atau terbukti, adakah suntikan immunoglobulin ke dalam vena mengurangkan kematian atau penyakit?

Apakah yang ditunjukkan oleh kajian-kajian

Sebagai tambahan kepada banyak kajian kecil suatu kajian yang sangat besar yang telah mendaftarkan 3493 bayi telah diterbitkan. Ia adalah jelas daripada kajian yang didapati bahawa administrasi imunoglobulin intravena tidak mencegah kematian atau penyakit sepanjang tempoh hospitalisasi dan kematian atau hilang upaya utama pada usia dua tahun.

Kesimpulan

Penggunaan imunoglobulin intravena untuk merawat jangkitan yang disyaki atau terbukti pada neonat tidak digalakkan. Tiada kajian lanjutan disyorkan.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College) Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia) Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.

Petikan
Ohlsson A, Lacy JB. Intravenous immunoglobulin for suspected or proven infection in neonates. Cochrane Database of Systematic Reviews 2020, Issue 1. Art. No.: CD001239. DOI: 10.1002/14651858.CD001239.pub6.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan