Kaedah mekanikal untuk induksi kelahiran

Kami telah menentukan untuk mengenal pasti daripada kajian-kajian rawak terkawal tentang keberkesanan dan keselamatan kaedah-kaedah mekanikal untuk memulakan kelahiran dalam trimester ketiga kehamilan (> minggu ke-24 kehamilan'). Penggunaan belon untuk meregangkan serviks (bahagian pangkal rahim) telah dibandingkan dengan prostaglandin E2 (PGE2), misoprostol atau oxytocin dengan dos rendah.

Apakah isunya?

Induksi dijalankan secara umum apabila risiko meneruskan kehamilan melebihi faedah, atau atas permintaan wanita-wanita hamil.

Kaedah mekanikal untuk induksi menggalakkan kematangan serviks dan masa bermulanya proses kelahiran dengan meregangkan serviks. Ia adalah antara kaedah yang paling lama digunakan untuk memulakan proses kelahiran. Semasa dekad-dekad yang lalu, ubat seperti PGE2, misoprostol dan oxytocin telah menggantikan sebahagian daripada kaedah mekanikal.

Mengapakah ini penting?

Semakin ramai wanita menjalani induksi kelahiran dan seringkali indikasinya tidak segera. Ini bermakna aspek keselamatan kaedah induksi menjadi lebih penting, walaupun ia berkemungkinan untuk menggadaikan aspek keberkesanan. Kaedah mekanikal boleh mempunyai kelebihan berbanding kaedah farmakologikal kerana mereka boleh didapati secara meluas, rendah dalam kos dan mungkin mempunyai sedikit kesan-kesan sampingan, seperti kontraksi rahim yang berlebihan (hiperstimulasi rahim). Ini mungkin berpotensi menjadi lebih selamat untuk bayi kerana jika kontraksi terlalu lama atau sangat dekat di antaranya, bayi tersebut mungkin tidak menerima oksigen yang mencukupi.

Apakah bukti yang telah kami temui?

Untuk ulasan ini kita memasukkan sejumlah 112 buah kajian rawak terkawal yang melibatkan 22,055 orang wanita yang dijadualkan untuk induksi kelahiran untuk indikasi yang berbeza. Data menyumbang kepada 21 perbandingan berbeza. Secara keseluruhunannya, kualiti bukti telah dinilai daripada kualiti sangat rendah sehingga sederhana. Bagi banyak perbandingan terdapat terlalu sedikit wanita dalam kajian-kajian tersebut untuk dikenal pasti apa-apa perbezaan yang jelas dalam penyakit serius untuk ibu dan bayi.

Dua puluh lapan kajian (6619 orang wanita) menunjukkan induksi mekanikal dengan belon adalah berkesan seperti PGE2 faraj kerana mungkin terdapat sedikit atau tiada perbezaan dalam kelahiran melalui faraj dalam masa 24 jam dan mungkin ada sedikit atau tiada perbezaan dalam pembedahan caesarean antara kumpulan-kumpulan. Walau bagaimanapun, belon kelihatan lebih selamat untuk bayi kerana ia mungkin mengurangkan risiko hiperstimulasi rahim dengan kadar jantung bayi yang tidak normal, penyakit serius atau kematian bayi dan mungkin dapat mengurangkan sedikit risiko untuk kemasukan unit rawatan rapi neonatal. Ia tidak jelas sama ada terdapat perbezaan dalam penyakit serius atau kematian ibu atau skor Apgar lima minit yang kurang daripada tujuh.

Tiga belas kajian (1818 orang wanita) membandingkan induksi kelahiran menggunakan belon dengan misoprostol faraj dan menunjukkan penggunaan belon mungkin mengurangkan risiko hiperstimulasi rahim dengan kadar jantung bayi yang tidak normal, tetapi boleh meningkatkan risiko pembedahan caesarean. Ia tidak jelas jika terdapat perbezaan dalam kelahiran melalui faraj dalam masa 24 jam, penyakit serius atau kematian bayi, penyakit serius atau kematian ibu, skor Apgar selama lima minit kurang daripada tujuh atau kemasukan ke unit rawatan rapi neonatal.

Tujuh kajian (3178 orang wanita) menunjukkan belon mungkin kurang berkesan bebanding misoprostol oral kerana belon mungkin meningkatkan risiko kelahiran melalui faraj tidak dapat dicapai dalam masa 24 jam dan mungkin meningkatkan sedikit risiko pembedahan caesarean. Data tentang keselamatan masih tidak jelas kerana ia tidak pasti sama ada terdapat perbezaan dalam hiperstimulasi rahim dengan kadar degupan jantung bayi yang tidak normal, penyakit serius atau kematian bayi, penyakit serius atau kematian ibu, skor Apgar selama lima minit kurang daripada tujuh atau kemasukan ke unit rawatan rapi neonatal.

Apakah maksudnya?

Induksi mekanikal dengan belon mungkin sama berkesan dengan induksi kelahiran dengan PGE2 faraj. Walau bagaimanapun, belon seolah-olah mempunyai profil keselamatan yang lebih baik untuk bayi. Penyelidikan lebih lanjut tentang perbandingan ini tidak kelihatan seperti diperlukan.

Kateter belon mungkin sedikit kurang berkesan seperti misoprostol oral, tetapi ia masih tidak jelas jika terdapat perbezaan dalam hasil kajian keselamatan untuk bayi. Jika dibandingkan dengan misoprostol faraj dengan dos rendah, kateter belon mungkin kurang berkesan, tetapi mungkin mempunyai profil keselamatan yang lebih baik untuk bayi.

Penyelidikan akan datang boleh lebih menumpukan kepada aspek keselamatan untuk kepuasan bayi dan ibu.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nor Faezah Binti Zainudin (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Intan Juliana Abd Hamid (Institut Perubatan & Pergigian Termaju, USM). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi cochrane@rsiucd.edu.my

Tools
Information