Intervensi untuk merawat sembelit semasa hamil

Laksatif ringan membantu melegakan sembelit semasa hamil.

Sembelit adalah masalah lazim semasa peringkat lewat kehamilan. Masa yang diambil untuk makanan melalui usus kecil ke usus besar meningkat pada trimester kedua dan ketiga dan mungkin disebabkan oleh peningkatan hormon, progesteron. Menambah lebih banyak serat kepada diet meningkatkan kekerapan defekasi (pergerakan usus besar) dan membawa kepada najis yang lebih lembut. Ulasan kajian-kajian mendapati laksatif yang merangsang usus besar lebih berkesan daripada laksatif yang menambah pukal tetapi boleh menyebabkan lebih kesan buruk seperti cirit-birit dan sakit perut. Penambahan serat adalah berkesan dan dilihat tidak mempunyai kesan buruk.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save