Penyahmampatan abdomen semasa kehamilan biasa

Penyahmampatan abdomen adalah satu prosedur di mana tekanan negatif diguna secara bersela kepada abdomen wanita hamil dalam rangka kedap udara tertutup. Ia dipercayai dapat meningkatkan aliran darah ibu ke uri dan melegakan kesakitan semasa bersalin. Ulasan dari tiga kajian di mana penyahmampatan abdomen telah diguna untuk wanita hamil yang sihat mendapati tiada manfaat terhadap tekanan darah tinggi ibu ataupun keadaan bayi yang baru lahir dan perkembangan intelektual bayi selanjutnya. Ruang untuk penyelidikan lanjut masih diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Raymond Chieng Siang Ching (Melaka Manipal Medical College).Disunting oleh Noorliza Mastura (Melaka Manipal Medical College) Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi raymondchieng@gmail.com 

Tools
Information
Share/Save