Steroid untuk kecederaan akut saraf tunjang

Setiap tahun, kira-kira 40 juta orang di seluruh dunia mengalami kecederaan saraf tunjang. Kebanyakannya adalah orang lelakki muda. Kesannya sering membinasakan. Pelbagai ubat telah diberikan kepada pesakit dalam usaha untuk mengurangkan tahap lumpuh kekal. Steroid mungkin telah lebih lazim digunakan untuk tujuan ini jika dibandingkan dengan jenis-jenis ubat yang lain. Ulasan ini meninjau kajian-kajian yang menilai keberkesanan rawatan ini dalam memperbaiki pergerakan dan mengurangkan kadar kematian. Hampir semua kajian, iaitu tujuh kajian, telah melibatkan satu jenis steroid sahaja, methylprednisolone. Hasil kajian menunjukkan bahawa rawatan dengan steroid menambah baik pergerakan tetapi ia mesti dimulakan sebaik sahaja kecederaan berlaku, dalam tempoh yang tidak melebihi lapan jam. Ia perlu diteruskan selama 24 hingga 48 jam. Kadar dos ubat yang berbeza telah diberikan dan kadar dos tinggi kononnya yang paling berkesan. Rawatan tersebut, walau bagaimanapun, tidak memberi semula amaun pergerakan yang normal kepada pesakit dan lebih banyak kajian dengan steroid diperlukan, dan juga mungkin dengan menggabungkan steroid dengan ubat-ubatan lain.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor’s University, Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan ini, sila hubungi julieyeohh@gmail.com

Tools
Information