Tiada bukti yang menyokong penggunaan progestagen adjuvan untuk mencegah kanser endometrial berulang selepas pembedahan

Kanser endometrial (uterus) adalah kanser saluran genital yang paling biasa di negara membangun. Terapi Progestagen (hormon) kadangnya digunakan sejurus selepas pembedahan untuk mengurangkan risiko kejadian berulang. Walau bagaimanapun, progestagen didapati dapat mengurangkan faktor perlindungan terhadap penyakit jantung dan juga menyebabkan tumor resistan terhadap radioterapi. Ulasan ini mendapati tiada bukti yang menyokong penggunaan progestagen sebagai tambahan kepada pembedahan bagi kes baru kanser endometrial. Namun begitu, progestagen boleh mencegah atau melambatkan kanser berulang dalam sesetengah pesakit.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nik Hazlina Nik Hussain (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi hazlinakck@usm.my

Tools
Information
Share/Save