Tiada bukti yang menunjukkan bahawa tamoxifen memberi manfaat kepada pesakit kanser ovari yang berulang

Kanser ovari sering merebak sebelum gejala timbul. Ubat sitotoksik kebiasaannya hanya sebahagiannya berkesan dan menyebabkan kesan sampingan yang teruk. Tujuan utama rawatan untuk penyakit yang berulang adalah untuk mengawal gejala dan memanjangkan jangka hayat. Tiada data ditemukan dari RCT atau bukan RCT, maka tidak ada bukti menunjukkan bahawa tamoxifen berkesan dan selamat digunakan sebagai rawatan untuk kanser ovari yang berulang. Kajian makmal menunjukkan bahawa tamoxifen mungkin berkesan sebagai rawatan untuk wanita dengan kanser ovari. Walaubagaimanapun, kajian tidak komparatif yang tidak terkawal pada pesakit dengan kanser ovari berulang menunjukkan bahawa tamoxifen mampu mengecilkan atau menstabilkan ketumbuhan dalam jumlah yang kecil, namun masih memerlukan kajian RCT atau kajian perbandingan bukan rawak yang berkualiti untuk menentukan keberkesanan dan keselamatan tamoxifen dalam kelangsungan hidup, tindak balas dari ketumbuhan, kawalan gejala, kualiti hidup dan kesan sampingan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information