Peranan kortikosteroid tersedut (ICS) untuk pengurusan bronkiektasis

Latar belakang

Bronkiektasis adalah sejenis penyakit paru-paru. Orang yang mengalami bronkiektasis sering mengalami gejala jangka panjang seperti batuk berkahak atau basah, suar-suar yang berulang-ulang (pemburukan) dan kualiti kehidupan yang buruk. Orang dengan bronkiektasis mengalami keradangan saluran udara dan kebanyakan mempunyai simptom-simptom seperti asma (contohnya, batuk dan berdehit). Disebabkan ini, kortikosteroid tersedut (ICS) yang biasanya digunakan dalam asma, mungkin dapat menambahbaikkan simptom, mengurangkan suar-suar/atau mengurangkan fungsi paru-paru dalam orang dengan bronkiektasis. Bagaimanapun, pengunaan rutin ICS mungkin dapat mengakibatkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini.

Soalan ulasan

Apakah manfaat untuk menggunakan ICS dengan kerap dalam pengurusan orang dewasa dan kanak-kanak dengan bronkiektasis?

Ciri-ciri kajian

Kami menyertakan kajian yang membandingkan ICS dengan tiada ICS, atau dengan plasebo (seperti ubat yang dibuat sama seperti ICS tetapi tanpa bahan aktif). Kami hanya menyertakan kajian di mana ia diputuskan secara rawak siapa yang akan menerima ICS dan yang tidak. Peserta yang dirangkumkan dalam 7 kajian adalah 380 orang dewasa yang mengalami bronkiektasis yang ditentukan oleh simptom atau imbasan paru-paru terperinci (CT). Kami tidak merangkumkan kajian yang mengandungi peserta dengan sistik fibrosis, yang boleh mengakibatkan bronkiektasis. Walaupun kami bercadang untuk merangkumi kajian yang mengandungi kanak-kanak dengan bronkiektasis, kami tidak menemui kajian sedemikian.

Apakah bukti yang kami dapati?

Daripada bukti yang sedia ada hingga Jun 2017, kami menjumpai 7 kajian layak yang melibatkan peserta dewasa yang menguji peranan ICS dalam bronkiektasis. Peserta dewasa ini mempunyai bronkiektasis yang stabil - mereka tidak mengalami suar-suar pada permulaan kajian.

Kami dapat merangkumi keputusan dari 2 kajian yang memberikan ICS untuk lebih kurang 6 bulan kepada peserta dewasa dengan bronkiektasis yang stabil. ICS tidak memberi perbezaan kepada fungsi paru-paru, bilangan pemburukan semasa kajian atau kualiti hidup. Dalam satu kajian yang berbeza, yang memberikan ICS untuk lebih kurang daripada 6 bulan, kami menemui pengurangan kecil dalam dahak (kahak) dan peningkatan dalam kesesakan nafas. Akan tetapi, disebabkan keputusan ini dari satu kajian yang tidak menggunakan plasebo kami tidak pasti mengenai mereka.

Satu kajian mengenai penggunaan jangka panjang ICS (lebih 6 bulan) tidak menunjukkan manfaat yang ketara untuk sebarang hasil.

Tidak terdapat kajian yang dilaksanakan di mana peserta mengalami bronkiektasis yang suar. Tidak terdapat juga kajian yang melibatkan kanak-kanak dengan bronkiektasis. Yang penting, kami tidak tahu sama ada ICS dikait dengan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini, kerana kajian-kajian tidak membekalkan maklumat tentang ini.

Kesimpulan

Ulasan ini tidak menjumpai bukti untuk kegunaan ICS secara rutin dalam orang dewasa dengan bronkiektasis stabil. Kami tidak dapat membuat kesimpulan mengenai penggunaan ICS untuk bronkiektasis yang suar, atau untuk kanak-kanak, kerana tiada kajian dijumpai.

Kualiti bukti

Keseluruhannya, kami menilai kualiti bukti sebagai sangat rendah. Kami bimbang kerana kajian terbesar yang menunjukkan manfaat, tidak mengunakan plasebo. Ini bermakna peserta dan staf yang terlibat dalam kajian ini mengetahui siapa yang mendapat ICS dan siapa yang tidak dapat, yang boleh mempengaruhi keputusan. Selain juga, keyakinan kami juga berkurangan kerana kami hanya menemui sebilangan kecil kajian yang dirangkumkan dalam ulasan kami dan beberapa kajian mungkin menyertakan orang dengan penyakit paru-paru lain, di samping itu bronkiektasis.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Intan Juliana Abd Hamid (Institut Perubatan & Pergigian Termaju, USM). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save