Teknik Alexander untuk asma kronik

Semasa serangan asma, saluran udara menjadi sempit, menyebabkan masalah pernafasan, bunyi nafas berdehit dan batuk. Asma boleh disebabkan oleh alahan, debunga, stres atau pencemaran udara dan boleh membawa maut. Teknik Alexander adalah satu bentuk terapi yang melibatkan siri-siri pergerakan yang direka bentuk untuk membetulkan postur dan membawa badan kepada jajaran semula jadi dan membantu relaksasi. Teknik Alexander telah digunakan oleh penghidap asma, untuk mencuba dan menambahbaik pernafasan. Ulasan kajian mendapati tiada cukup bukti untuk menunjukkan bahawa kesan Teknik Alexander dalam mengurangkan keperluan untuk menggunakan ubat untuk asma. Lebih banyak penyelidikan diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information