Vitamin E untuk klaudikasi tidak konsisten

Klaudikasi tidak konsisten adalah sakit kekejangan yang muncul ketika bersenam dan lega dengan berehat, yang disebabkan oleh pengaliran darah ke otot betis dan kaki yang tidak mencukupi. Ia adalah simptom aterosklerosis, penyakit di mana deposit lemak terkumpul di dalam arteri lalu menyekat pengaliran darah. Terdapat cadangan bahawa pengambilan vitamin E dapat meningkatkan pengaliran darah dan menggalakkan keupayaan tubuh untuk pemulihan. Ulasan kajian mendapati bahawa lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menunjukkan sekiranya vitamin E dapat mengurangkan kesan klaudikasi tidak konsisten. Tiada kesan buruk ditemui.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Aishah Ibrahim (University of Warwick). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (USM). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information