Echinacea untuk mencegah dan merawat selsema

Persediaan tumbuhan Echinacea diguna secara meluas di beberapa negara Eropah dan Amerika Utara dalam menangani selsema Persediaan Echinacea yang didapati di pasaran sangat berbeza dengan pelbagai jenis (spesis) dan bahagian (herba, akar atau kedua-duanya)yang digunakan, kaedah pembuatan yang berbeza (pengeringan, pengekstrakan alkohol atau mendesak keluar jus dari tumbuh-tumbuhan segar) digunakan dan kadang-kala herba lain juga ditambah.

Kami mengulas 24 ujian klinikal terkawal dengan 4631 peserta yang menyiasat keberkesanan beberapa persediaan Echinacea yang berbeza dalam pencegahan dan perawatan selsema atau jangkitan rhinovirus. Ulasan kami menunjukkan bahawa pelbagai produk yang disediakan dari spesies Echinacea yang berbeza, bahagian tumbuhan yang berbeza dan dalam bentuk yang berbeza telah dibanding dengan plasebo dalam kajian-kajian rawak. Disebabkan oleh perbezaan ketara dalam persediaan yang diuji, ia adalah sukar untuk membuat kesimpulan yang kukuh. Lima kajian dinilai sebagai mempunyai risiko rendah bias dalam kesemua lima kategori Cochrane 'Risiko bias'. Lagi lima kajian dinilai sebagai risiko rendah bias, mempunyai risiko bias yang tidak jelas dalam hanya satu kategori. Lapan kajian telah dinilai sebagai mempunyai risiko tinggi bias dalam sekurang-kurangnya satu kategori dan yang baki enam sebagai mempunyai risiko bias yang tidak jelas.

Kebanyakan kajian menyiasat sama ada mengambil persediaan Echinaceaselepas bermulanya simptom selsema dapat memendekkan tempoh, berbanding plasebo. Walaupun ada kemungkinan beberapa produk Echinacea lebih berkesan berbanding plasebo untuk merawat selsema, bukti keseluruhannya kesan rawatan klinikal yang relevan adalah lemah. Secara amnya, kajian yang menyiasat Echinaceauntuk mencegah selsema tidak menunjukkan pengurangan yang signifikan secara statistik dalam kejadian penyakit. Walau bagaimanapun, hampir kesemua kajian pencegahan menunjukkan ke arah kesan-kesan pencegahan yang kecil. Bilangan pesakit yang menarik diri atau melaporkan kesan buruk tidak berbeza dengan ketara antara kumpulan rawatan dan kawalan dalam kajian pencegahan dan rawatan. Walau bagaimanapun, dalam kajian pencegahan terdapat satu trend di mana lebih ramai lagi pesakit yang menarik diri disebabkan oleh kesan sampingan buruk dalam kumpulan rawatan.

Bukti yang dikemukakan adalah semasa sehingga Julai 2013.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Ernie Yap Sze Wei. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi loketimkhaw@imu.edu.my

Tools
Information
Share/Save