Terapi menelan untuk kesukaran menelan pada pesakit strok yang terselamat selepas mengalami strok baru-baru ini

Soalan

Kami ingin menilai keberkesanan terapi menelan untuk pesakit yang terselamat daripada strok dengan dysphagia (kesukaran menelan). Kami melihat terapi menelan pada mangsa yang selamat sehingga enam bulan selepas strok.

Latar belakang

Strok sering menyebabkan kesukaran menelan. Ini boleh menyebabkan tercekik, jangkitan dada, kualiti hidup yang lebih rendah, penginapan hospital yang lebih lama, dan peningkatan risiko kematian atau pelepasan ke rumah penjagaan. Terapi untuk meningkatkan menelan adalah bertujuan untuk mempercepatkan pemulihan fungsi menelan dan mengurangkan risiko-risiko tersebut.

Ciri-ciri ulasan

Ini adalah satu pengemaskinian daripada ulasan yang diterbitkan pada tahun 1999 dan sebelum ini dikemaskini pada tahun 2012. Kami telah memasukkan sejumlah 41 kajian (2660 peserta), dan bukti yang terdapat adalah terkini sehingga Jun 2018. Terapi menelan terdiri daripada beberapa jenis rawatan yang berbeza, dan kami telah melihat lapan daripada berikut: akupunktur (11 kajian), intervensi tingkah laku (sembilan kajian), terapi ubat (tiga kajian), rangsangan elektrik neuromuskular (NMES; enam kajian), rangsangan elektrik pharyngeal (PES; empat kajian), rangsangan fizikal (tiga kajian), rangsangan arus langsung transkranial (tDCS; dua kajian), dan rangsangan magnet transkranial (TMS; sembilan kajian).

Keputusan-keputusan utama

Terapi menelan tidak menyebabkan kekurang kematian atau ketidakupayaan dalam kalangan mangsa yang terserang strok, dan tidak membawa kepada menelan yang lebih selamat selepas rawatan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa terapi menelan individu seolah-olah mengurangkan masa penginapan hospital, mengurangkan kemungkinan mendapat jangkitan dada atau pneumonia, atau meningkatkan keupayaan menelan dan pemulihan daripada masalah menelan. Banyak terapi menelan melibatkan kaedah penghantaran yang berlainan, ia masih belum jelas pendekatan mana yang paling efektif untuk setiap jenis terapi.

Kualiti bukti

Kualiti bukti pada umumnya adalah sangat rendah, rendah, atau sederhana. Tambahan kajian berkualiti tinggi adalah diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi peiyee95@hotmail.com.

Tools
Information