Agonis asid gamma-aminobutyric untuk tardive dyskinesia disebabkan oleh antipsikotik

Soalan ulasan.

Untuk menentukan kesan ubat-ubatan agonis gamma-aminobutyric (GABA) dalam rawatan tardive dyskinesia untuk orang dengan skizofrenia atau masalah kesihatan mental yang serupa.

Latar belakang.

Orang dengan skizofrenia sering mendengar suara dan melihat benda (halusinasi) dan mempunyai kepercayaan aneh (delusi). Rawatan utama untuk skizofrenia adalah ubat antipsikotik. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan ini boleh memberi kesan sampingan yang melemahkan. Tardive dyskinesia adalah pergerakan sukarela yang menyebabkan muka, mulut, lidah dan rahang konvulsi, kekejangan dan kerutan. Ia disebabkan oleh ubat antipsikotik jangka panjang atau dos tinggi, sukar untuk dirawat dan tidak dapat diubati. Ubat agonis GABA telah digunakan untuk merawat tardive dyskinesia tetapi mempunyai sifat sedatif yang sengit dan boleh membuat gejala mental atau psikotik lebih buruk. Ubat agonis GABA termasuk baclofen, progabide, valproate natrium , dan tetrahydroisoxazolopyridinol (THIP).

Ciri-ciri kajian

Ulasan ini merangkumi 11 kajian yang menyiasat penggunaan ubat agonis GABA berbanding dengan plasebo. Semua kajian melibatkan sejumlah kecil peserta (2 hingga 80 orang) dengan skizofrenia atau penyakit mental kronik yang juga telah mengembangkan ke tardive dyskinesia yang disebabkan oleh antipsikotik.

Keputusan utama.

Bukti tentang kesan ubat agonis GABA dalam rawatan tardive dyskinesia adalah tidak konklusif dan tidak menyakinkan. Sebarang manfaat ubat-ubatan agonis GABA mungkin lebih besar daripada kesan buruk yang berkaitan dengan penggunaannya.

Kualiti bukti.

Bukti adalah lemah, jangka pendek, berskala kecil dan kurang dilaporkan. Tidak mungkin untuk mengesyorkan ubat ini sebagai rawatan untuk tardive dyskinesia.

Ringkasan bahasa biasa ini disesuaikan dengan penulis ulasan dari ringkasan yang ditulis oleh Ben Gray, Penyelidik Pegawai Kanan, Yayasan McPin (http://mcpin.org/).

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save