Senaman aerobik untuk wanita yang mengandung.

Senaman aerobik secara berkala semasa mengandung didapati boleh meningkatkan kecergasan fizikal, tetapi bukti ini tidak mencukupi untuk membuat kesimpulan tentang risiko atau manfaat penting bagi ibu atau bayi.

Senaman aerobik adalah aktiviti fizikal yang merangsang sistem peredaran pernafasan dan darah seseorang. Ulasan mengenai 14 ujian yang melibatkan 1014 wanita mengandung mendapati bahawa wanita mengandung yang terlibat dalam senaman berat sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu meningkatkan (atau mengekalkan) kecergasan fizikal mereka. Terdapat beberapa bukti bahawa wanita-wanita ini mempunyai tempoh kehamilan yang sama dengan mereka yang mengekalkan aktiviti biasa. Bukti daripada ujian-ujian adalah terlalu sedikit untuk menunjukkan jika terdapat kesan-kesan lain atas wanita dan bayinya. Ujian yang dikaji termasuklah senaman 'non-contact' seperti berenang, berbasikal statik dan program senaman lantai. Kebanyakan ujian yang dijalankan berskala kecil dan tidak mempunyai kualiti metodologi yang mencukupi. Oleh itu, ujian yang lebih besar dan berkualiti diperlukan sebelum cadangan boleh diberikan dengan yakin mengenai faedah dan risiko senaman aerobik terhadap wanita yang mengandung.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my

Tools
Information
Share/Save